Foto: Tribun News
Pelik tapi benar! Itu ungkapan yang sesuai menggambarkan tindakan seorang suami yang menghadiahkan ular sawa sepanjang satu meter sebagai mas kahwin buat isterinya. Perkahwinan ‘istimewa’ ini berlangsung di Kampung Pasir Jambu, Sukaraja, Bogor, Indonesia.
Lazimnya, kita tengok orang bagi duit, mahupun barang kemas kali ini bagi ular memang lain macam!
Teruja lihat ular
Foto: Tribun News
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, lelaki yang dikenali sebagai Sigit Agus Setiawan, menceritakan dia menghadiahkan ular sawa sebagai mas kahwin selepas mengunjungi sebuah pameran reptilia. Difahamkan, ular tersebut dibeli buat isterinya, Tiara Puspita Dewi, sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Malahan, pasangan merpati dua sejoli ini turut mengaku mereka teruja selepas melihat ular tersebut. Namun, Tiara ketika itu sama sekali tidak mengetahui bahawa suaminya akan membeli ular itu dengan harga 2.7 juta rupiah (kira-kira RM772) untuk dijadikan mas kahwin bagi pernikahan mereka.
Ketika datang ke pameran, saya suka seekor ular di situ. Saya tidak tahu dia membelinya (ular itu) untuk mas kahwin.
Jadi tontonan orang ramai
Sekadar gambar hiasan
Malahan, ketika majlis perkahwinan tersebut berlangsung, ular tersebut turut dibawa dan dipamerkan kepada tetamu yang hadir.
Ketika resepsi pun ular itu kita bawa…cuma ke pejabat urusan agama…tidak bawa. Jiran dari yang jauh sampai yang dekat bercakap mengenainya, semuanya menceritakan mas kahwin ular.
Pada mulanya, ahi keluarga yang lain menolak pemberian ular tersebut sebagi mas kahwin. Namun, setelah mendapat penjelasan daripada pengantin lelaki mereka terpaksa akur dan mengizinkannya.
Malahan, ular itu sekarang dianggap sebagai penyeri rumah tangga mereka, dan dijadikan sebagai simbolik kenangan yang menyatukan cinta mereka berdua.
Sumber: Tribun News