All Star Influencers Award (ASIA) merekodkan kumulatif 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, sekali gus memperkukuh potensi platform pempengaruh antarabangsa dalam mempromosikan pelancongan Malaysia ke peringkat global.

Pencapaian itu turut menyokong usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia dalam memperkenalkan keunikan destinasi, budaya dan makanan tempatan kepada khalayak antarabangsa menerusi kempen Visit Malaysia 2026-2027.

Artikel Berkaitan: Lebih 120 Pempengaruh Rebut Gelaran ‘Best Influencer’ ASIA2026, Hadiah AS$10,000 Jadi Rebutan

Artikel Berkaitan: All Star Influencers Award Kembali Lagi, Utamakan Pencipta Kandungan Berkualiti – ‘Bukan Sekadar Followers Tapi Engagement & Kreativiti Konten’

ASIA manfaatkan kekuatan influencer

Pengasas ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran ASIA2026 menghimpunkan seramai 110 pempengaruh dari 20 negara untuk meneroka pelbagai destinasi di Malaysia dan berkongsi pengalaman mereka menerusi kandungan media sosial.

Pencapaian 3.8 bilion tontonan ini membuktikan bahawa kandungan digital mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan Malaysia kepada dunia, khususnya menerusi keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan kita.

Melalui ASIA, kita mahu memanfaatkan kekuatan pempengaruh antarabangsa untuk membawa cerita tentang Malaysia kepada khalayak global dengan cara yang lebih kreatif, autentik dan berkesan.

Menerusi ASIA, kita membawa pempengaruh antarabangsa meneroka pelbagai destinasi di Malaysia dan berkongsi pengalaman mereka melalui kandungan media sosial.

Pendekatan ini membolehkan keindahan lokasi pelancongan, keunikan budaya serta makanan tempatan diperkenalkan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.

Menerusi penganjuran tahun ini, 110 pempengaruh dari 20 negara dibawa menjelajah beberapa lokasi di Malaysia, termasuk Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Langkawi, Pulau Pinang dan Sabah.

Antara negara yang terlibat ialah Jepun, Korea Selatan, Bahrain, Taiwan, India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboja, Thailand, Rusia, Filipina, Arab Saudi dan Indonesia.

Pendekatan itu memberi peluang kepada pempengaruh antarabangsa menghasilkan kandungan berdasarkan pengalaman mereka sendiri, sekali gus memperkenalkan tarikan pelancongan Malaysia kepada pengikut dari pelbagai negara.

Kerjasama bersama MOTAC dan Tourism Malaysia menerusi ASIA2026 turut memperlihatkan bagaimana kandungan digital boleh dimanfaatkan sebagai medium promosi pelancongan yang merentasi sempadan.

Dinda Anwar dinobatkan Best Influencer Award

Sementara itu, kemuncak ASIA2026 menyaksikan pempengaruh dari Indonesia, Dinda Anwar dinobatkan sebagai penerima Best Influencer Award, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai USD10,000.

Dinda turut memenangi kategori Best Culture Curator yang menawarkan trofi dan wang tunai USD1,000.

Tempat kedua menjadi milik Zulqarnain dari Pakistan yang menerima trofi dan wang tunai USD5,000, manakala Duc Koi dari Vietnam menduduki tempat ketiga dengan hadiah trofi dan wang tunai USD3,000.

Hadiah disampaikan oleh Datuk Abd Rahman bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.

Mengulas lanjut mengenai pengiktirafan yang diberikan kepada para pemenang, Datuk Abd Rahman berkata ASIA terus komited menghargai kreativiti dan kualiti kandungan yang dihasilkan oleh pempengaruh antarabangsa.

Kami mahu ASIA menjadi platform yang mengiktiraf pempengaruh bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi juga kreativiti, kualiti penceritaan dan keupayaan menghasilkan kandungan yang memberi impak kepada audiens.

Tahniah kepada semua pemenang. Kami berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk mereka terus berkembang, menghasilkan kandungan berkualiti dan membina lebih banyak kerjasama merentasi negara.

ASIA2026 menampilkan 13 kategori anugerah bagi mengiktiraf kreativiti, kualiti kandungan serta keupayaan pempengaruh mengetengahkan pelbagai perspektif budaya.

Antara penerima anugerah lain ialah Zulqarnain bagi kategori Best Gourmet Story, Duc Koi untuk Best Story Teller dan Herony dari Filipina bagi kategori Best Transition.

Bagi kategori Best Dedication Award, pengiktirafan diberikan kepada Haikal Irfan dari Malaysia.

Tahun ini, ASIA2026 membawa 110 pempengaruh dari 20 negara antaranya Japan, Korea Selatan, Bahrain, Taiwan, India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Cambodia, Thailand, Rusia, Filipina, Arab Saudi, Indonesia dan banyak lagi menjelajah ke Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu,Pahang, Langkawi, Penang, Sabah.

Sejak diperkenalkan pada 2023, platform itu telah mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital, sekaligus memperkukuh potensinya sebagai medium promosi antarabangsa dan menyokong usaha memperkenalkan Malaysia kepada dunia.