berita

KL Sundown Kumpul 500 Pelari Denai Tempatan & Lima Negara Luar

December 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

by bolt

Penganjur acara larian, Bolt Event (Bolt) bersama rakan kerjasama strategik, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Tourism Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus mempromosikan pelancongan sukan tempatan menerusi penganjuran acara larian KL Sundown yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Diadakan di FRIM, Kepong di Selangor, KL Sundown berjaya menarik 500 penyertaan peminat larian denai tempatan dan luar negara membabitkan lima negara iaitu Indonesia, Singapura, Jepun, Filipina dan Thailand.

Artikel Berkaitan: Pelari Maraton Lari Dengan Baju Melayu Bulan Bintang, Pecah Rekod ‘Guinness World Records’

Boleh berkhemah

Azlihana Abdul Rahim

Pengarah Media dan Komunikasi Bolt, Azlihana Abdul Rahim berkata, Sundown adalah siri kedua diadakan iaitu pada kali pertama bertempat di Cameron Highland, Cameron Sundown pada 2022 dan pada tahun ini acara itu diadakan di FRIM yang dikenali sebagai KL Sundown.

Jelasnya, FRIM dipilih sebagai lokasi larian kerana mempunyai keunikan tersendiri apabila terdapat hutan dan laluan denai unik yang amat popular dalam kalangan pelari denai tempatan.

KL Sundown yang diadakan di FRIM adalah acara yang dinantikan oleh peminat larian denai tempatan dan luar negara kerana trek denai di kawasan itu yang sudah lama tidak dibuka kepada orang ramai.

Hutan FRIM  juga terkenal dengan ‘shy tree canopy’  yang sebenarnya laluan denainya amat mencabar untuk diterokai dan apabila kita menganjurkan acara ini, ia mendapat sambutan daripada pelari tempatan dan luar negara kerana mereka ingin menikmati sendiri laluan di sebalik pemandangan shy tree canopy itu.

Tambah Azlihana, selain daripada acara larian itu pengunjung juga dapat melihat tarikan yang terdapat di dalam FRIM itu sendiri seperti jambatan gantung dan air sungai yang jernih.

Acara ini bukan sekadar sebuah kejohanan larian semata-mata kerana kita ingin mengangkat produk pelancongan di Lembah Klang khasnya kepada peminat larian yang datang dari seluruh Malaysia dan luar negara.

 Kami juga sebagai penganjur mendapat maklum balas positif daripada peserta yang melihat lokasi larian di FRIM sememangnya menarik dan mempunyai cabaran tersendiri meskipun hanya sejauh 8.6 kilometer (KM) yang dibenarkan oleh FRIM untuk kegunaan perlumbaan kali ini.

Katanya lagi, KL Sundown juga adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Bolt bersama rakan strategiknya untuk mendidik masyarakat bagi mencintai alam semula jadi dan memulihara alam sekitar.

 Sepanjang berlangsungnya acara ini kami membenarkan pelawat dan peserta untuk berkhemah di perkampungan pertandingan dan mereka boleh menikmati keindahan serba hijau.

 Sebagai penganjur, kami amat menitik beratkan kebersihan kawasan ini dengan memastikan peserta dan pengunjung membersihkan kawasan sekitar perkhemahan mereka.

 Dua format pertandingan

sundown by bolt

Bercerita mengenai KL Sundown, katanya, acara itu menawarkan cabaran ketahanan endurance kepada peserta kerana terdapat dua format dipertandingkan iaitu enam dan 12 jam yang mana pemenang akan dikira mengikut jumlah pusingan terbanyak di dalam tempoh itu.

Menerusi format 12 jam, terdapat tujuh kategori dipertandingkan iaitu lelaki terbuka, lelaki vateran, wanita terbuka, wanita vateran, dua lelaki berganti terbuka, dua wanita berganti terbuka dan dua campuran berganti terbuka.

Manakala bagi format 6 jam dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita terbuka masing-masing dijuarai oleh Slamet Riyaadi (6 pusingan dengan catatan masa lima jam 43 minit) dan Siti Nora Yusoff (5 pusingan dengan catatan masa 5 jam 36 minit).

Tahun ini juga kami memperkenalkan satu kategori baharu iaitu 9km junior yang terbuka kepada mereka yang berusia antara 13 hingga 18 tahun untuk berlari di dalam laluan denai dalam jarak berkenaan. Kategori ini mendapat sambutandaripada 50 peserta dari seluruh Malaysia.

Juara bagi kategori lelaki terbuka 12 jam dimenangi Maihazan Nurafendy (10 pusingan dengan catatan masa 10 jam 40 minit). Lelaki vateran 12 jam dijuarai Mohd Puzi Dolah (10 pusingan dengan catatan masa 10 jam 44 minit. 

Bagi kategori wanita terbuka 12 jam dijuarai Yee Mei Ang (10 pusingan dengan catatan masa 11 jam 34 minit). Wanita vateran jatuh kepada Jamie Leong (lapan pusingan dengan catatan masa 10 jam 18 minit.

sundown race

Manakala kategori dua lelaki berganti terbuka 12 jam dijuarai Kumpulan Brothers (11 pusingan dengan catatan masa 10 jam 31 minit). 

Kategori dua wanita terbuka dinobatkan kepada Kumpulan Bidadari (11 pusingan catatan masa 10 jam 59 minit). Bagi dua campuran berganti terbuka pula dimenangi Kumpulan Emmabux (11 pusingan dengan catatan masa 11 jam 11 minit).

 Mengenai cabaran perlumbaan, katanya, peserta larian melalui pelbagai bentuk muka bumi dalam jarak 8.6km itu termasuk perlu melalui bukit sepanjang kira-kira 2km dengan jumlah ketinggian terkumpul 160 meter (m).

Meskipun trek denai ini sesuai untuk aktiviti larian tetapi laluan berbukit itu menjadi cabaran utama. Apatah lagi, selepas mereka melakukan banyak pusingan dalam format masing-masing.

Selain itu, terdapat laluan larian yang terbuka memerlukan peserta mempunyai ketahanan kepanasan ketika berlumba kerana bagi format 12 jam khasnya mereka perlu berlari bermula jam 7 lagi hingga 7 malam. Manakala format enam jam bermula pada 7.30 pagi hingga 1.30 petang.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×