Pelakon dan penyanyi Janna Nick menyorot perhatian selepas ulasan makanan yang dikongsikannya menerusi media sosial mengundang kritikan daripada seorang individu di Threads.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Lepas ‘Craving’ Makan Burger Tepi Jalan Sebelum Balik London – ‘Rasa Dia Luar Biasa’

Artikel Berkaitan: Janna Nick Syukur Bella Astillah Kini Bahagia Bersama Syed Saddiq – ‘Allah Gantikan Kesedihannya Dengan Sesuatu Lebih Baik’

Janna dikritik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang terhadap cara pelakon berusia 31 tahun itu membuat ulasan makanan.

Selain itu, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan Janna yang menganggap penerangan tentang makanan sebagai sesuatu yang memeningkan.

Menurutnya, konsep fine dining bukan sekadar tentang makanan, sebaliknya turut menitikberatkan seni dan pengalaman menikmati setiap hidangan.

Aku tak suka Janna buat apa apa food review dan terutama hantaran yang terkini, fine dining review.

Kau pergi fine dining, mesti la kau akan dapat layanan yang sebegitu. Apa maksud kau serabut orang itu terangkan tentang makanan?

Fine dining tentang seni dalam makanan. Belum lagi bab rakam guna flash. Memang langsung tiada adab.

Aku pun tak suka cara dia buat ulasan pencuci mulut, mesti komen ‘biasa je nyah’.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mengkritik cara Janna mengulas pencuci mulut yang sering disifatkan sebagai ‘biasa’.

Jelasnya, dia kurang memahami mengapa Janna memilih untuk membuat ulasan mengenai pencuci mulut sedangkan pelakon itu sendiri dikatakan tidak menggemari makanan tersebut.

Dia memang tak suka pencuci mulut. Jadi, aku tak faham kenapa nak ulas sesuatu yang dia sendiri tahu dia tak suka.

Orang suka ulasan dia sebab bagi mereka, ulasan dia jujur. Tapi bukan macam tu caranya nak buat ulasan makanan.

Sumber: Threads