Sekadar Gambar Hiasan
Umumnya mengetahui, sistem Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) mula diimplimentasikan sejak penularan Covid-19 supaya para pelajar tidak tercicir dalam mendapatkan ilmu. Namun, di sebalik pelaksanaan kaedah ini para guru dan para pelajar turut juga menghadapi beberapa masalah dan kadang kala sering berlakunya salah faham kerana interaksi secara terus tidak dapat dibuat.
Sepeti perkongsian seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Arasy, menceritakan pengalamannya apabila berlaku ‘salah faham’ antara dia dan gurunya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu thread ringkas di laman Twitternya.
Aku yang ngajor
Foto: Arasy
Kisahnya bermula, apabila pelajar ini mendapat mesej menerusi aplikasi Whatsapp dan dia sama sekali tidak menyangka mesej tersebut dihantar daripada Ustaznya. Dia ketika itu beranggapan sedang membalas mesej daripada seorang rakan sekelas dan sempat bertanya mengapa kepada ‘kawannya’ itu.
Tidak berakhir di situ, dia juga sempat menyuruh rakannya bersabar terlebih dahulu kerana dia ingin mengambil wuduk ketika itu. Namun, di sebalik mesej tersebut rupa-rupanya ia telah dihantar oleh Ustaznya yang menyuruh dia memasuki kelas yang diadakan menerusi Google Meet.
Ko ni tak save nombor aku k.
Susulan daripada itu, Ustaznya ‘menegur’ dan memberitahu bahawa dia merupakan Ustaz kelasnya dan sempat menegur pelajar ini. Aduh, kelakar habis lah!
Buka kamera tengok Ustaz
Foto: Arasy
Susulan daripada apa yang telah terjadi, pelajar ini telah membuka kamera komputer ribanya sebagai tanda maaf kepada Ustaznya berhubung kes salah faham yang terjadi itu. Difahamkan, kelas tersebut merupakan kelas taranum Al-Quran.
Thread tersebut telah meraih hampir 6k retweet dan 11.2k tanda suka. Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut terhibur dengan apa yang telah terjadi. Itulah, siapa je tak cuak bila jadi macam ni kan?
Respon netizen
Sumber: Arasy