Foto: Penang Kini
Menerusi status yang dimuat naik oleh Penang Kini, di laman Facebook, menceritakan sekumpulan penghantar makanan yang memberi sokongan kepada penjual mainan yang menjual di tepi jalan.
Walaupun, memberi sokongan kepada penjual mainan itu, tanggungjawab hakiki mereka masih tidak dilupakan.
Bekerja kuat demi keluarga
Foto: Penang Kini
Jelas abang penghantar makanan itu, mereka bekerja hampir 13 jam sehari bermula 9 pagi sehingga 10 malam. Bahkan, mereka turut menceritakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, hanya mendapat sebanyak 15 hingga 25 pesanan sehari.
Sebak! Mengalir air mata. Terharu tengok abang-abang food panda datang beli mainan untuk anak. Kami tanya berapa trip dapat? Depa bagitau time pkp ni boleh lah dapat 15-25 trip sehari. Kerja 9 pagi sampai 10 malam. Time tengah pilih barang utk anak, masuk order makanan.
Lagi menyedihkan, apabila mereka terpaksa tinggal dahulu, mainan yang dipilih bagi menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh pelanggannya.
Ada yang beli untk besday anak minggu ni. Ada yang nak reward diri main dron sekali sekala. Ada yang beli untuk anak sedara. Ada yg cakap dah lama tak beli mainan untuk anak sebab sibuk kerja. Bila tanya penat tak? Diorang cakap penat takper janji anak isteri di rumah ada makan. Allahu. Semoga semua abang-abang rider diberikan keselamatan di jalanraya. Dimurahkan rezeki.
Bila ditanya, pelbagai respon yang diberikan sebab mengapa mainan tersebut dibeli mereka.
Respon netizen
Sumber: Penang Kini