Siapa tidak kenal dengan pelakon, Adi Putra yang tengah menjadi trending sekarang dalam drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ arahan sutradara Shuhaimi Lua.
Artikel Berkaitan : ‘Penat Je Berlakon, Lepas Itu Kena Delete’ – Sharifah Sakinah Kecewa Adegan Seram Dipotong
Terbaru, Adi Putra berkongsi di laman Instagram momen sambutan hari kelahirannya yang ke 40 tahun bersama keluarganya. Walaupun tiada majlis besar dan hanya sekadar meniup lilin kek, namun perkongsian tersebut undang sebak netizen.
Hadiah istimewa
Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana.
Video berdurasi tidak sampai seminit itu memaparkan anak kepada pelakon tersebut membacakan doa sempena hari lahir ayahnya. Apa yang menyentuh hati Adi Putra, apabila anak istimewanya iaitu Zara Adelia berusaha mendoakannya walaupun tidak boleh bercakap atau mendengar.
Sebaknya
View this post on Instagram
Terima kasih isteriku, Az-Zahra, Nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. ?
Malah, Adi Putra turut akui sebak dan bergenang air mata melihat momen itu yang tidak dapat dibeli dimana-mana. Di ruangan komen, rata-rata turut sebak dan mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.
Sumber : Adi Putra