Foto: Icha Rainy Ramly
Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi di mana seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, telah ‘disambar’ oleh seeokor buaya. Tragedi itu berlaku di Sungai Tempakul Kampung Muara Bengalon, Indonesia pada Rabu yang lalu.
Bukan itu sahaja, video dan foto di mana buaya itu ditangkap dan perutnya ‘dibelah’ turut tular dan dikongsi oleh pengguna media sosial.
Mayat dalam perut buaya
Foto: Icha Rainy Ramly
Memetik laporan Tribun News, mayat kanak-kanak itu berjaya dijumpai setelah buaya tersebut ditangkap pada Khamis lalu, oleh pasukan penyelamat Kutai Timur dibantu pawang buaya. Menurut Ketua Pasukan Penyelamat Kutai Timur, Bongga Losong, ketika kejadian mangsa bersama abang dan bapanya pergi memancing di Sungai Tempakul.
Namun ketika kejadian itu, mangsa sedang mandi, secara tiba-tiba buaya segera menyambar kanak-kanak terbabit. Bapa mangsa cuba menyelamatkan anaknya itu namun sukar kerana buaya berkenaan membawa mangsa tenggelam ke dalam air.
Bagaimanapun, reptilia itu berjaya ditemui kurang 100 meter dari lokasi kejadian.
Mayat ditemui dalam keadaan sempurna
Foto: Tribun News
Difahamkan, mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan yang masih sempurna ketika proses membelah perut buaya itu dibuat.
Mayat kanak-kanak itu masih sempurna dan telah selamat dikebumikan. Selepas buaya ditemui, kami belah (perut) dan mengambil anaknya (mangsa), bawa ke rumah mayat. Buaya itu kita kuburkan.
Walau bagaimanapun, buaya tersebut telah ditikam dengan menggunakan tombak sehingga menyebabkan reptilia itu mati serta merta sebelum ditanam oleh penduduk setempat.
Sumber: Tribun News & Icha Rainy Ramly