Sekadar gambar hiasan
Di Zhejiang, China, seorang wanita terkejut apabila dia mengetahui jantina sebenarnya adalah lelaki. Perkara tersebut disahkan oleh pihak Hospital Universiti Zheijiang selepas wanita tersebut melakukan pemeriksaan.
Selepas 25 tahun
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan South China Morning Post, wanita tersebut dipercayai pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana terseliuh pada pergelangan kaki. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita yang dikenali sebagai Pingping itu tidak mempunyai rahim.
Lebih menyedihkan, dia hanya mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’ dan kromosom Y lelaki. Doktor juga gagal menemui testis yang tersembunyi di dalam tubuhnya. Hal ini mungkin disebabkan testisnya ‘menyusut’. Pelbagai pemeriksaan dengan teliti telah dilakukan, doktor kemudia mengesahkan Pingping menghidap penyakit kongenital.
Perkahwinan dengan saudara mara
Sekadar gambar hiasan
Jelas doktor, penyakit itu mungkin disebabkan oleh perkahwinan ibu bapanya dengan saudara-mara. Pingping yang sudah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu turut sedar bahawa dia tidak boleh hamil. Oleh kerana terlalu tertekan, wanita tersebut mendapatkan nasihat daripada doktor serta pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.
Sumber: South China Morning Post