Di Johor Bahru, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan oleh wanita kurang siuman. Lebih teruk, wanita tersebut telah menggunakan garpu sebagai alat untuk mencederakan mangsa.
Cucuk guna garpu
Foto: Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi di luar bangunan sebuah pusat tuisyen di Taman Mount Austin, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut sebaik sahaja bapa mangsa membuat laporan di balai.
Semasa berada Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman. Wanita itu sudah cucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian, suspek melarikan diri. Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras.
Jelas Padzli, sehingga kini pihaknya sedang giat mencari suspek yang masih belum dikesan. Ujar beliau lagi, kes tersebut bakal disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro