Setiap orang mesti ada bakat dan minat tersendiri yang mereka nak teruskan sebagai kerjaya. Kata orang, bila kita buat sesuatu yang disukai tak adalah terasa macam terpaksa je bila bekerja setiap hari.
Tapi, tak semua orang berpeluang untuk mengetengahkan bakat yang mereka ada sampai. Kadang-kadang boleh rasa nak berputus asa dan hanya teruskan minat tu sebagai hobi di masa lapang.
Haa kalau korang berada dalam situasi yang sama dan dalam dilema sama ada mahu teruskan minat atau tidak, jom ikuti 3 kisah inspirasi yang boleh kita bersama jadikan sebagai pembakar semangat!
Bell, tekad untuk jadi penari berjaya
View this post on Instagram
Bell merupakan seorang mahasiswi yang meminati bidang tarian sejak 3 tahun lalu. Tanpa mempunyai sebarang pendidikan formal dalam bidang ini, Bell menghabiskan masanya dengan belajar menari melalui Youtube dan merakam sendiri tariannya bagi memudahkan dia untuk memantau dan memperbaiki setiap kesalahan langkah.
Mengangkat Lee Taeyong ketua ahli kumpulan Korea popular NCT sebagai idola, Bell tekad untuk terus berusaha dan menjadi seorang penari yang berjaya.
Aidil, mahu bidang freestyle football diiktiraf
View this post on Instagram
Walaupun mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka grafik, Aidil tidak pernah berputus asa untuk meneruskan minatnya selama 8 tahun dalam bidang freestyle football. Dia meluangkan masa pada setiap hujung minggu selama beberapa jam untuk berlatih demi memastikan setiap langkah adalah sempurna.
“Ianya satu perkara yang boleh saya lakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Malah, ianya freestyle! Korang boleh kenakan apa sahaja pilihan pakaian dan cipta sendiri langkah mengikut style masing-masing”
Bila ditanya mengenai aspirasi, Aidil menyimpan hasrat untuk melihat sukan ini menjadi salah satu sukan yang popular dan bakal diiktiraf secara profesional agar lebih banyak freestylers dapat meneruskan minat mereka.
Syafeek, zahirkan perasaan melalui nyanyian
View this post on Instagram
Kerjaya nyanyian Syafeek bermula dari tahun 2012. Sejak itu dia mula aktif membuat persembahan korporat dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian termasuklah Juara Pujaan di RTM pada tahun 2018.
Lebih manis lagi, dia juga memenangi pertandingan i-SiNG World in Paris yang disertai lebih 40 peserta lain dari seluruh dunia.
Ujar Syafeek, dia dapat menzahirkan perasaannya melalui nyanyian dan muzik adalah salah satu cara untuk dia berhubung dengan orang ramai.
“Saya mula sedar akan bakat yang saya ada ketika menuntut di University in Nice, France. Sejak itu, saya banyak belajar menyanyi melalui Youtube sahaja. Tak ada apa yang lebih saya harapkan selain dari dapat mencipta nama dalam bidang ini”
Bell, Aidil & Syafeek berjaya rangkul gelaran juara untuk #PepsiBoldTalent
Bersempena dengan pelancaran dua perisa terbaru Pepsi Black Lime dan Pepsi Black Raspberry, Pepsi dengan berbesar hati menganjurkan #PepsiBoldTalent khas untuk mencungkil bakat-bakat lokal yang berani dan berdaya saing.
Memperolehi jumlah engagement
Bell, Aidil dan Syafeek juga dapat berkongsi pentas bersama selebriti dan penyanyi popular, Siti Nordiana (aka Nana) melalui konsert augmented reality (AR) pertama di Malaysia!
Jom ikuti konsert AR Pepsi yang pertama seumpamanya!
Pepsi tampil selangkah kedepan dengan membawakan konsert AR pertama seumpamanya di Malaysia! Ianya dianjurkan selari dengan usaha kita untuk terus kekal di rumah demi memutuskan rantaian Covid-19, lagi syok korang boleh tengok konsert AR Pepsi ini pada bila-bila masa je tau! Senang!
Tapi macam mana nak tengok konsert AR Pepsi ini? Caranya melalui botol Pepsi Black Raspberi! Haaa korang perlu dapatkan Pepsi Black Raspberi terlebih dahulu kerana kandungan konsert AR Pepsi adalah eksklusif dan hanya boleh diakses melalui botol Pepsi Black Raspberi!
Ikuti langkah mudah di bawah untuk akses ke konsert AR Pepsi!
- Dapatkan Pepsi Black Raspberi di mana-mana pasaraya atau kedai berhampiran
- Klik di SINI untuk mengaktifkan imbasan kamera AR
- Imbas logo Pepsi pada botol Pepsi Black Raspberi
- Dalam beberapa ketika, konsert bakal bermula dan boleh ditonton dari botol Pepsi Black Raspberi tersebut!
- Kandungan ekslusif ini hanya boleh diakses di SINI
Konsert AR Pepsi boleh diakses bermula sekarang! Jadi, apa tunggu lagi? Korang semua dah boleh beli Pepsi Black Raspberi dengan segera!
Tak adalah nanti gigit jari bila tak dapat tengok konsert eksklusif Siti Nordiana dengan pemenang #PepsiBoldTalent gara-gara Pepsi Black Raspberi dah habis terjual. Pergi beli sekarang dan jom saksikan Konsert AR Pepsi pertama di Malaysia nanti!