Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Ruhaizat Rusli ditemui mati dengan kesan tikaman pada leher dan satu tikaman di bahagian rusuk kanan. Insiden cemas itu dipercayai berlaku di rumah mangsa yang terletak di Kampung Desa Makmur, Majidee, Johor Bharu.
Leher dikelar
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa dan isterinya dikatakan tinggal sebumbung bersama ibu kandung serta beberapa adik beradiknya yang lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, ketika pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian, pihak polis menemui sebilah pisau pemotong kertas serta serpihan mata pisau.
Pihak polis sudah menahan isteri mangsa untuk membantu siasatan.
Sementara itu, ibu mangsa iaitu Samsinar Bujang memaklumkan hanya menyedari kejadian yang menimpa anaknya itu semasa mengambil wuduk untuk mendirikan solat Subuh. Namun, secara tiba-tiba dia terdengar suara wanita menjerit meminta tolong. Rupa-rupanya itu adalah jeritan menantunya (isteri mangsa).
Anak sulung saya, Rudiriadi Rusli keluar rumah selepas mendapati isteri Ruhaizat menjerit meminta tolong.
‘Saya sempat menciumnya’
Sekadar gambar hiasan
Setibanya di sana alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa telah terbaring di tepi jalan sebelum dia bergegas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Saya melihat mayatnya dan sempat menciumnya. Saya lap darah di kaki dan nampak kesan kelar di leher dan dadanya. Ketika itu ada cebisan paru-paru dan saya simpan untuk dikebumikan bersama jenazah.
Buat masa ini, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo