Sekarang ni dah pun masuk bulan Ramadan, tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menjelang pertengahan bulan puasa nanti, mesti ramai yang dah sibuk dengan persiapan raya. Yang paling penting bila raya mestilah kuih raya kan?
Cakap pasal kuih raya, korang dah ada bekas kuih raya? Haa..sempena Hari Raya yang bakal tiba nanti, Watsons dengan kolaborasi bersama Pusheen The Cat telah mengeluarkan koleksi Raya iaitu bekas kedap udara eksklusif yang comel gila! Bukan itu je, ada juga beg tote, sandal, tuala mandi & muka, apron, beg serbaguna, botol air serta koleksi alat tulis yang korang boleh dapatkan!
Jom dapatkan koleksi Watsons X Pusheen The Cat dengan Diskaun PWP Sehingga 70%!
Bekas kedap udara edisi terhad!
Datang dalam 3 warna pastel iaitu merah jambu, ungu dan hijau berserta hiasan Pusheen The Cat, bekas kedap udara ni memang sesuai sangat kalau nak jadikan bekas kuih raya nanti. Bukan je boleh jadi sebagai penyeri meja, ia juga boleh mengelakkan makanan yang disimpan di dalamnya masuk angin.
Beg tote
Pusheen Tote Bag ni pula datang dalam dua warna pilihan iaitu merah jambu dan ungu. Memang mudah kalau nak bawa ke mana-mana!
Slip-on sandal
Slip-on sandal ni bukan saja datang dalam dua warna iaitu merah jambu dan ungu, malah ia juga mempunyai dua saiz serta mudah dipakai ke mana-mana.
Tuala mandi
Kalau tuala mandi comel macam ni, bukan kanak-kanak je suka, orang dewasa pun sama! Terdapat dalam dua warna pilihan iaitu merah jambu dan hijau, tuala ni datang dalam 1 set iaitu tuala muka dan tuala mandi.
Apron
Bila nak masak juadah buka puasa ataupun raya tu, jangan lupa pakai apron Pusheen The Cat ni. Barulah baju korang tak kotor. Apron ni terdapat dalam dua warna iaitu ungu dan hijau.
Mutltipurpose Case
Ahh comelnya! Multipurpose case ni terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan kuning serta sangat sesuai kalau korang nak letak alatan make-up ataupun barangan keperluan diri.
Water Tumbler
Sebelum tidur tu, isikan dulu air siap-siap dalam tumbler Pusheen The Cat ni dan letak tepi katil. Kalau tak sempat nak sahur, boleh terus minum je.
Kalau korang nak tahu, kesemuanya barangan eksklusif Watsons x Pusheen The Cat ni adalah edisi terhad tau! Korang boleh dapatkannya di Watsons ataupun secara dalam talian apabila buat pembelian atas pembelian (purchase with purchase) dengan diskaun sehingga 70% dengan mana-mana produk atau jenama yang mengambil bahagian.*
*Selagi stok masih ada
Selain koleksi khas sempena Raya, koleksi alat tulis pun ada tau!
Lebih menarik, Watsons x Pusheen The Cat juga menawarkan koleksi alat tulis yang colourful dan memang harus dimiliki! Korang boleh terus dapatkan koleksi alat tulis ni di store Watsons ataupun kedai dalam talian mereka serta dapatkan diskaun sehingga 30%!
Nak tahu antara set alat tulis yang korang boleh dapatkan?
Notepad
Sticker Pusheen The Cat
Fail Pusheen The Cat
Buku Nota
Paper Bag
Apa tunggu lagi, jom dapatkan kesemua koleksi Watsons X Pusheen The Cat di Watsons berdekatan korang sekarang!
Promosi ini bermula dari April 2021 dan untuk masa terhad sahaja tau! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Watsons.