Foto: Sinar Harian
Seramai lima individu termasuk majikan yang membelasah dan mengugut bunuh dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa dipercayai giat menjalankan aktiviti pinjaman wang secara haram dan perjudian online.
Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Berpuasa Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu
Lebih mengejutkan apabila pihak polis berjaya merampas 100kg jongkong emas dan wang berjumlah hampir RM28.25 juta.
Sindiket haram terbongkar
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti sindiket haram itu terbongkar selepas pihak polis melakukan serbuan dan menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek. Malaysiagazzete melaporkan, syarikat yang menjalankan sindiket haram itu dipercayai merupakan milik suspek utama iaitu ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Chueng berusia 43 tahun.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya juga telah menemui sebanyak 100 kilogram jongkong emas di rumah salah seorang suspek yang terletak di Bukit Tinggi. Bukan itu sahaja, mereka turut menemui dua rotan yang disyaki digunakan suspek untuk ‘membelasah’ dua orang bodyguard tersebut.
Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta.
Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan.
Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.
Sumber: Sinar Harian, Malaysiagezette