Foto: Tangkap layar video
Pemakaian kanta lekap (contact lens) bukan satu perkara yang baru dan mula mendapat ‘tempat’ terutamanya bagi wanita. Penggunaanya tidak terhad semata-mata untuk menggantikan kaca mata bahkan berikutan teknologi yang semakin pesat membangun ia dapat digunakan sebagai ‘penyeri’ wajah seseorang itu.
Tidak berakhir di situ, kanta lekap ini juga ditawarkan dengan pelbagai jenis dan warna mengikut cita rasa pemakai itu sendiri.
Tragedi hitam
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video seorang wanita di laman TikTok, dikenali sebagai Widyadwihardian, memaparkan pekerjanya yang mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kantap lekap yang dipakai olehnya setelah tidur selama tiga jam bersama kanta lekap tersebut. Video tersebut jelas menunjukkan gadis itu panik dan berusaha sedaya upaya mengeluarkan kanta lekap jenis soft lens itu yang melekat pada bola matanya.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan pekerjanya terpaksa menanggung kesakitan selama tujuh jam berikutan kanta lekap tersebut yang tidak berjaya dikeluarkan. Lebih memedihkan, apabila mangsa menjelaskan matanya sudah mula berasa pedih dan bengkak.
Video tersebut bagaimanapun, memberi pengajaran kepada gadis-gadis di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memakai kanta lekap yang disifatkan sebagai sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang khusus.
Video penuh:
@wdh__Matanya asisten gW @fittashalsabilla jadi bengkak ?? SI GOBLOK – Awan
@wdh__Ini asisten gW matanya jadi bengkak @fittashalsabilla? SI GOBLOK – Awan
Sumber: Widyadwihardian