Sekadar gambar hiasan
Memang tak dapat dinafikan, gelombang Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan hal ini secara tidak langsung mencetuskan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terbaru, seorang doktor berkongsi kisah dimana dia telah menerima seorang pesakit Covid-19 yang merupakan seorang bayi. Lebih menyedihkan apabila mengetahui si kecil ini merupakan bayi yang dilahirkan secara pramatang melalui proses IVF. Malah, kedua orang tuanya juga telah menunggu kehadiran zuriat sejak 12 tahun lalu.
Kontak rapat join family gathering
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Malar Santhi Santherasegapan meluahkan rasa terkilan dengan sikap ibu bapa bayi yang ‘berani’ membawa anak kecil mereka menghadiri family gathering. Difahamkan, ketika itu, salah seorang ibu saudara bayi berkenaan merupakan kontak rapat pesakit Covid-19.
Lebih mengejutkan bukan wanita itu sahaja mempunyai risiko menjangkiti orang lain, tetapi pak cik saudara yang digelar Pak Long juga sudah mengalami demam sejak 3 hari lalu. Meskipun begitu, kedua-dua mereka masih ‘degil’ mahu menyertai family gathering tersebut.
Kalau awak mmg dapat penyakit yang dah ditakdirkan, mungkin Aunty boleh redha. Tapi Aunty rasa hiba yang tak terhingga sebab Makcik bangang awak tahu dia close contact. Hanya semata mata dia nak join family gathering, dia buat RTK secara tergesa gesa. Lepas negative, dia join gathering yg mmg dah dirancang lama.
Ibu bapa cuai
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, ibu dan bapa saudara bayi tersebut disahkan positif Covid-19 dan dipercayai telah menjangkiti si manja ini. Anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa ini menjadi mangsa dan Dr. Malar berpendapat dalam hal ini, ibu bapa dan orang dewasa perlu dipersalahkan kerana sikap sambil lewa mereka.
Bukannya Mak kamu tak tahu adik dia close contact. Bukannya Ayah kamu tak tahu adik ipar dia buat test RTK je, dan kuarantin pun tidak. Bukannya sedara mara tak tahu Pak Long demam sebelum datang.
Difahamkan, ibu bapa bayi ini tidak henti-henti bertanya kepada Dr. Malar bagaimana cara mahu menyembuhkan si kecil ini dan adakah terdapat kesan jangka masa panjang sekiranya bayi mereka sudah sembuh.
Mak kamu menangis tanya Aunty Malar, apa patut buat, apa kadar kesembuhan atau kematian, akan ada kesan jangka panjang ke walaupun sembuh. Ayah kamu menangis tanpa segan silu dengan Aunty. Ayah kamu menyesal pergi family gathering tu. Ayah kamu mintak Aunty Malar bisikkan rahsia nak sembuhkan awak.
Sementara itu, Dr. Malar menasihati orang ramai supaya tidak mementingkan diri sendiri dan jangan sesekali mengambil mudah tentang risiko jangkitan Covid-19. Hal ini kerana, ianya mampu mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
Sumber: Dr Malar Santhi Santherasegapan