Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa dicabul ketika berada di sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor. Lebih mengejutkan apabila mengetahui perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan oleh pengasas rumah kebajikan terbabit.
Dakwa dicabul
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 14 Mei 2021 ketika mangsa mengalami demam. Mangsa kemudian mengadu kepada pengasas rumah kebajikan tersebut mengenai keadaan kesihatannya itu. Tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek dikatakan mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Suspek kemudian telah mengambil kain basah untuk tuam di badan mangsa. Pada mulanya, suspek tuam di kepala mangsa namun bertindak tuam di payudara dan membuka seluar mangsa.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, mangsa kemudian melarikan dari rumah kebajikan tersebut sebelum membuat laporan polis. Difahamkan, suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Siasatan awal setakat ini mendapati hanya remaja perempuan itu yang menjadi mangsa.
Sumber: Sinar Harian