Sekadar gambar hiasan
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hulkey berkongsi satu kisah seram yang terjadi kepada seorang gadis yang merupakan tunang kepada kawannya. Difahamkan, gadis itu dipercayai telah dirasuk oleh jin yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia.
Dirasuk Raja jin Islam
Tunang member aku kena rasuk. Bila seru benda mana datang. Dia cakap datang dari jauh dari indo. Keluarga dia hutang darah. Dgr dia nyanyi siap terjemah ? dia cakap dia raja jin islam. Ayat kursi pun dia boleh baca siap translate ??
Aku surrender. Berdarah hidung aku masani. pic.twitter.com/CowzpnKlmg
— ????ekheyValx?? (@Thehulkey) May 20, 2021
Pada masa yang sama, lelaki ini turut berkongsi beberapa video yang memaparkan mereka berkomunikasi dengan jelmaan tersebut yang menjelaskan keluarga itu mempunyai hutang ‘darah’. Kisahnya bermula apabila dia (lelaki) mendapat panggilan daripada seorang kawan sekolahnya yang meminta tolong untuk berubat.
Semalam saya dapat panggilan call daripada seorang kawan sekolah saya. Tengah-tengah malam call dengan nada suara macam agak cuak bercampur nak menangis. Saya tanya lah kenapa kau ni!! Dia cakap tolong aku bro. Abang kau pandai berubat kan. Takpun kau ke tolong.
Pada mulanya, dia memberikan alasan dan cuba mengelak namun, atas pujukan demi pujukan dia terpaksa akur dan menjelaskan hanya boleh membantu setakat mana yang dia mampu sahaja.
Lagipun dah pukul 1 pagi. Dia suruh cari mana ustaz yg pandai. Bang! Ustaz dah lalok dah bang. Dah pukul berapa dah. Makin lama makin sedih ayatnya. Jadi tak sampai hati. Saya on jela pergi tengok tunangnya. Dia amik kat rumah dengan keadaan gigil-gigil dia dan pucat muka. Sabar bang, kau rilek je sekarang ni jangan gelabah. Kejap lagi kau yg berjangkit lagi payah.
‘Dia menyanyi je dari sebelum datang’
Foto: Tangkap layar video
Setibanya di rumah berkenaan, lelaki ini mula memberi salam dan membaca ayat pendinding diri bagi mengelakkan dirinya daripada dirasuk oleh jin berkenaan.
Bukak ruqyah pun tak jalan. Dia cuma cakap sedap suara. Dia menyanyi-nyanyi je dari sebelum datang sampai sesudah kami sampai. Dia hanya tutup muka dengan telapak tangan sahaja. Her parents pun macam buat-buat tak tahu or macam mana lah tah faham lah dengan dia. Tapi satu je part dia meraung tu bila saya start zikrullah Allah hu jabbar haq dgn la’ilaha’illa anta subhanaka inni kuntu minzalimin. Terus dia mengamuk.
Dia kata dia panas. Kau diam sekarang!!! Kau berambus! Aku kebas semua badan aku. Kau jangan nak acah berzikir-zikir depan aku ya. Saya macam tengking balik. Jadi kalau kau hebat kenapa kau tak boleh dengar dengan ayat aku sebut tadi!!! Kau rasa kau tinggi sangat dengan darjat kau sekarang!
Berbicara lebih lanjut, lelaki ini turut memberikan amaran kepada makhluk yang berada di dalam tubuh badan gadis ini supaya keluar dengan cara yang baik.
Kau mampu buat apa kau nak dekat perempuan ni sesuka hati kau! Kau cakap kau jaga dia apa semua lepastu kenapa kau seksa dia. Kau sedar tak sekarang ni dia taknak kau? Kau tu syaitan. Makhluk dilaknat. Jadi jangan nak rasa kau tu terpaling agong. Tetiba dia diam.
Tangan mula mengigil
Sekadar gambar hiasan·
Apa yang lebih mengejutkan apabila, mereka (keluarga) menceritakan perkara sebenar yang mengejutkan lelaki ini yang nenek saudaranya baru sahaja meninggal dunia.
Tangan dia menggigil. Kau nak tengok aku? Kau pejam mata kau baca ayat Nabi sulaiman. Jadi sy pun baca lah. Bila pejam je mata. Saya nampak belakang dia berbadan besar berbulu hitam saiznya agak asia sikit tingginya. Bertaring panjang seperti babi hutan melengkung keatas.
Saya terus istifagh.. Ya Allah! Saya bertanya kepada yang terapatnya. Cik, yang ni saya tak dapat nak bantu. Ni keturunan yang jaga dia. Dia memang nak dekat perempuan ni. Jadi diorang pun mengaku. Sebenarnya kami baru kehilangan nenek saudaranya.
Difahamkan, selepas pemergian nenek saudaranya ahli keluarga cuba untuk mencari solusi bagi melepaskan ‘jelmaan’ itu secara baik namun, segala yang dirancang sama sekali tidak menjadi.
Lepas pemergian. Dia terus jadi macam ni. Hari-hari selalu macam tak tentu arah. Tapi dia taknak. Dia memang tolak sekeras-kerasnya. Tapi benda tu tetap datang jugak nak kan dia ni. Kami tak boleh nak buat apa. Sebab benda ni dah ada perjanjian. Perjanjian bela benda ni dengan darah cik. Dia raja dekat kawasan sana. Kalau macam ni saya tak dapat nak bantu.
‘Manusia pun cari kami’
Sekadar gambar hiasan
Tambah lelaki ini lagi, dia sempat juga berkomunikasi dengan jin tersebut dan berulang kali mengingatkan kepada jelmaan itu tentang kebesaran dan kekuatan Allah S.W.T.
Dia pun tergelak. Rugi-rugi kau tak tahu betapa hebatnya kau bila ada makhluk macam aku. Dia bertanya lagi pada saya kau tahu kan manusia yang hidup di dunia ni hanya sia-sia saling bunuh membunuh? Manusia pun cari kami. Manusia dengan kami apa kurang. Sama-sama menipu, membunuh persahabatan sendiri, syirik, munafik, takbur pada Tuhan kita sendiri. Jadi kau rasa. Manusia ni aku layak ke nak junjung tinggi. Manusia paling mudah terpedaya. Kau yakin solat kau diterima? Kau yakin bacaan kau tu betul? Kau yakin dengan diri kau tu tak bergoncang keimanan kau melihat kelalaian dunia? Semua tu kau jangan menidakkan. Sebab manusia pun menipu.
Jawapan yang diberikan jin itu membuatkan lelaki ini tersentak dan berfikir dalam dengan setiap ayat yang dilontarkan oleh jin itu. Bagaimanapun, lelaki ini tetap menjalankan amanah yang diberikan untuk menghalau jin yang berada di dalam tubuh gadis ini.
Kami pun membaca ayat-ayat menghalau kaum laknatullah ni. Meronta-ronta dia sampai terpaksa diorang semua pegang. Alhamdulillah beberapa sahaja dapat dikeluarkan sebab masatu saya dah tiada tenaga. Badan ni dah mula shaking and kepenatan.
Saya cakap dengan family dia. Saya tahu sikit-sikit je. Selebihnya saya serahkan kepada keluarganya untuk mencari yang lebih pakar dalam hal ni. Setakat ni saya cuma kunci diri dia dgn kalimah la’ilaha’illalla. Tapi kunci tu akan pecah jugak. Sebab ada yang menjaganya.
Sumber: Hulke