Perkhidmatan pembantu rumah seakan sudah menjadi satu keperluan terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Hal ini kerana, pembantu rumah sangat diperlukan untuk menguruskan rumah serta menjaga anak-anak.
Tetapi tak dinafikan, ada sesetengah majikan bernasib malang kerana dipertemukan dengan pembantu rumah yang bermasalah dan sering mengambil kesempatan meskipun majikan telah melayan mereka dengan cukup baik.
Bibik lari dari rumah
Itu lah yang dilalui oleh seorang usahawan iaitu Hajar Hanif yang sangat terkilan dan kecewa selepas mendapat tahu pembantu rumahnya telah bertindak melarikan diri pada hujung Mei lalu. Menurut Hajar, wanita tersebut ada memaklumkan kepadanya mahu berhenti kerja lagi sebulan kerana mahu berkahwin.
Hajar kata okay. Tapi nanti pembantu rumah baru sampai, ajarlah macam mana nak buat kerja rumah ni. Memang dah bagi tahu dia, kalau nak balik janganlah lari okay. Apa-apa bagi je tahu. Tapi hari ini lari.
Difahamkan, sebelum keluar meninggalkan rumah, dia juga sempat meninggalkan sekeping surat serta beberapa barangan pemberian Hajar kepadanya. Hajar mengakui sangat sedih dengan tindakan pembantu rumah tersebut yang melarikan diri sedangkan Hajar dan keluarga sangat menyayanginya dan telah memberi layanan yang cukup baik. Tetapi tidak tahu mengapa, individu itu tergamak bertindak sedemikian.
Nampak mata bibik bengkak
Dalam video lain kelihatan Hajar mengalirkan air mata kerana sangat merindui pembantu rumahnya yang dikenali dengan nama Heny itu. Hajar berpendapat kemungkinan pembantu rumahnya itu melarikan diri disebabkan desakan orang lain.
Tapi silapnya dia buat andaian sendiri, mungkin juga kena push dengan laki tu so dia lari. Bila hajar fikir balik, patutlah mata dia bengkak few days ni. And melayan darwish special sampai darwish tertidur atas bahu pun dia masih tak letak darwish. Pastu sentiasa tanya hajar nak makan apa. Dia peluk je darwish.
To heny: Heny blocked akak di whatsapp & instagram tapi akak tahu heny akan stalk akak & darwish. Heny peneman akak yang terbaik & sangat bagus jaga darwish. Akak tak marah, akak hampa dengan perbuatan Heny. Akak dari semalam menangis. Rindu heny. Akak maafkan & halalkan semuanya.
Nangis, rindu bibik
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Hajar Hanif