Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Facebook, upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah ditangguhkan mulai hari ini sehingga 30 Jun.
Majlis akad nikah di negeri Selangor
Sekadar gambar hiasan
Ketetapan pelaksanaan upacara akad nikah mengikut bahagian II (Perkahwinan) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 sepanjang tempoh lockdown di negeri Selangor.
Menurut JAIS, demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak, mereka telah membuat ketetapan bahawa semua acara akad nikah perlu ditangguhkan mulai hari ini sehingga 30 Jun nanti. Tambah JAIS, perkara tersebut telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Pemakluman
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor