Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang ibu kepada dua anak telah ditemui mati dalam keadaan telungkup di atas kubur. Lebih menyayat hati apabila mengetahui mangsa sebenarnya mengalami masalah kemurungan dan gangguan mental selepas diceraikan suami sejak 5 bulan lalu.
Jumpa mayat atas kubur
Sekadar gambar hiasan (Harian Metro)
Memetik laporan Tribunnews, kejadian tersebut berpunca selepas wanita yang dikenali dengan nama Nuraini berusia 48 tahun telah diceraikan oleh suaminya. Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan mangsa lebih sedih sehingga mengalami kemurungan adalah disebabkan dia terpaksa berpisah dengan dua orang anak kandungnya. Seorang anaknya telah diambil dan dijaga oleh bekas suaminya di Bangka, Indonesia manakala seorang lagi berada di Jawa, Indonesia.
Selepas bercerai, ibu kepada dua anak ini membuat keputusan untuk tinggal di sebuah pondok yang terletak di kawasan perkuburan. Meskipun sudah dilarang, tetapi dia masih berkeras mahu tinggal di situ. Menurut ibu saudara, mangsa menjual bunga bagi menjana pendapatan untuk kelangsungan hidupnya.
Baju dan seluar dah londeh
Sekadar gambar hiasan
Jelasnya lagi, walau anak saudaranya itu mempunyai masalah kesihatan mental, tetapi dia langsung tidak mengganggu orang sekeliling. Bercerita dengan lebih lanjut, sehari sebelum kejadian, penduduk kampung ada ternampak mangsa berada di warung dan dia menjalani kehidupannya seperti biasa tetapi siapa sangka pada keesokan harinya sekitar jam 6 pagi, sekumpulan remaja menemui mayat mangsa di atas kubur dalam keadaan berlumuran darah. Bukan itu sahaja, mereka juga menemui sebatang kayu yang dipenuhi dengan darah berdekatan dengan mayat mangsa.
Dari pemeriksaan luar ada tindakan kekerasan yang dilakukan dengan menggunakan benda tumpul di kepala. Ada lebih kurang lima atau enam luka di bahagian kepala
Tetapi apa yang menimbulkan persoalan adalah melihat baju dan seluar yang dipakai mangsa telah londeh. Ibu saudara mangsa mengesyaki wanita terbabit kemungkinan telah diperkosa sebelum dibunuh. Walaupun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Sumber: Tribunnews