Setiap manusia di atas muka bumi ini mempunyai jalan hidup dan dugaan yang berbeza-beza. Meskipun begitu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Seperti seorang wanita ini, dia telah diuji apabila rumah tangga yang dibina terputus di tengah jalan kerana si suami berlaku curang. Namun selepas bercerai, wanita ini bangkit semula dari kesedihannya sehingga membuatkan dia kini menjadi seorang yang berjaya.
Suami curang, kahwin senyap-senyap
Kisah ini dikongsikan menerusi satu video TikTok oleh seorang wanita Indonesia yang dikenali dengan nama Angguni Febby. Menurut wanita ini, dia dan suami telah selamat bernikah pada tahun 2019 dan kebahagiaan yang dibina hanya mampu bertahan hampir setahun sahaja. Hal ini kerana, pada tahun 2020, dia mendakwa suaminya telah berlaku curang dengan wanita lain.
Lebih mengejutkan apabila si suami bukan sahaja curang malah pada 17 Ogos 2020 lelaki itu dikatakan tergamak kahwin senyap-senyap bersama wanita terbabit meskipun ketika itu dia masih sah bergelar suami kepada Angguni Febby. Sejak daripada itu, wanita ini mula putus harapan sehingga membuatkan dia mengalami masalah kemurungan.
Ditinggalkan tergantung tak bertali
Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan Angguni Febby ketika itu lebih-lebih lagi suami yang dipercayainya itu tergamak meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita. Namun tidak lama selepas itu, wanita ini membuat keputusan untuk menfailkan penceraian.
Dia kemudian pulang ke rumah ibunya di Bandung. Sejak daripada itu, Angguni Febby bangkit dari kesakitan tersebut dan mula membuat perniagaan ‘hijab sukan’ sehingga mempunyai jenamanya sendiri. Pada suatu hari, dia telah berangkat ke negara Itali kerana salah satu kelab Badminton di sana memberi kontrak untuknya bermain di bawah kelab mereka. Sejak daripada, Angguni kembali kuat dan kini bergelar seorang atlet badminton di Itali. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Angguni dan memberi sokongan penuh kepada wanita itu supaya terus berjaya.
Bangkit dari kesakitan
@anggunifebbypart of my life ? ##fyp? Di sound ini banyak orang2 kuat – MILKAAAA
@anggunifebbykira2 gmn perasaan perempuan di saat tau suami nikah lagi bersama wanita lain tanpa ijin&sepengetahuan kita?##pelakorgaktaudiri ##fyp? Hati Yang Kau Sakiti – Rossa
Sumber: Angguni Febby