berita

Viral Video Gadis India Dirogol, Dipukul Di Media Sosial, 5 Pendatang Asing Warga Bangladesh Ditahan

June 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Hindustan Times

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan tindakan lima lelaki yang berasal daripada Bangladesh yang didakwa bertindak kejam terhadap seorang gadis.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila aktiviti ‘terkutuk’ mereka turut dirakam sebelum video tersebut tular dan mendapat perhatian daripada netizen. Kejadian ini berlaku di sebuah bandar di Bengaluru, India.

Telah ditahan pihak berkuasa

Foto: Times Now News

Menerusi laporan yang dipetik daripada Times Now News, kelima-lima suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan bertindak kejam dan merogol mangsa. Ujar pihak polis, mangsa mengalami kecederaan berikutan penderaan yang berlaku.

Berdasarkan klip video, seorang gadis telah didera secara fizikal oleh lima suspek. Mangsa dirogol, dipukul dan botol kaca dimasukkan ke alat kemaluannya. Semua ini boleh terbongkar kerana salah seorang daripada suspek bertindak merakam aktivti tersebut.

Pada masa yang sama, pihak polis kini sedang aktif menjejaki mangsa bagi membantu siasatan bagaimanapun, mangsa  dipercayai telah meninggalkan negara tersebut.

Kejadian sudah lama berlaku

Foto: Assam Police

Menurut sumber, video tersebut didakwa muncul daripada Deep Web (web tersembunyi) dan mula dikongsikan melalui pelbagai platfom digital. Timbalan Pesuruhjaya Zon Tejgaon dari Polis Metropolitan Dhaka, Mohammad Sahidulla menerusi satu kenyataan menjelaskan kejadian tersebut dipercayai berlaku beberapa bulan yang lalu sebelum ianya tular di media sosial.

Semasa siasatan di Bangladesh, salah seorang suspek menceritakan video tersebut dirakam di suatu tempat di India. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai jenayah ini atau suspek boleh menghubungi kami.

Sumber: Times Now News

SKIP THIS AD ×