Mayat seorang anggota polis berpangkat Koperal ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi, Johor Bahru.
Mayat tergantung pada dahan
Memetik laporan Kosmo, mayat mangsa yang berusia 30 tahun itu ditemui oleh orang awam sebelum mereka bertindak menghubungi pihak polis. Berikutan daripada itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur-unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad, sebelum ini mangsa yang juga merupakan seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital.
Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.
Jelasnya lagi, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk urusan pengebumian. Difahamkan, setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Sumber: Kosmo