Selepas setahun konflik tercetus dalam kalangan keluarga kerabat diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengumumkan bahawa mereka selamat menimang cahaya mata kedua iaitu Lilibet Diana. Menerusi laporan Reuters, nama anak kedua pasangan tersebut mempunyai makna yang sungguh indah.
Sempena nama panggilan moyang
Menurut Putera Harry dan Meghan, nama Lilibet dipilih sempena nama panggilan moyangnya ‘Her Majesty The Queen’. Manakala, nama tengahnya iaitu Diana dipilih sempena menghargai mendiang neneknya yang tersayang, ‘The Princess of Wales’. Bayi yang dilahirkan seberat 3.1 kilogram itu turut dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Ujar Putera Harry, isterinya juga berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan anak kedua mereka. Kini, kedua-dua mereka sudah berada di rumah. Menerusi laporan Reuters, Lilibet dilahirkan di sebuah hospital di Santa Barbara, semalam sekali gus berada di kedudukan kelapan dalam susur galur takhta Britain.
Didakwa nak ‘beli jiwa’?
Selepas pasangan ini mengumumkan nama anak kedua mereka, rata-rata netizen mendakwa Putera Harry dan Meghan ingin membeli semula jiwa Queen Elizabeth setelah pelbagai masalah di antara mereka timbul. Terdahulu, pasangan yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex ini tinggal berhampiran di bandar Los Angeles selepas membuat keputusan untuk keluar daripada tanggungjawab dalam kerabat diraja Britain pada awal tahun lalu.
Mereka juga pernah mendakwa berlaku rasisme dalam sistem monarki sehingga mendorong mereka keluar dari United Kingdom (UK) dan berpindah ke Amerika Utara.
Sumber: Reuters