Foto: Time
Tidak dinafikan ramai di antara kita sudah mula stres dan burn out setelah lama duduk di rumah dan tidak boleh keluar ke mana-mana berikutan peningkatan kes Covid-19. Bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Effiza Abdul Rahim menceritakan alternatif yang digunakan olehnya untuk mengatasi masalah tersebut.
Kata-kata semangat buat orang ramai
Foto: Effiza Abdul Rahim
Ujar wanita ini, pada mulanya dia ‘terkejut’ apabila kata-kata semangat dijual menerusi aplikasi Shopee dengan harga 20 sen bagi setiap ayat. Namun selepas membuat bayaran, penjual itu terus mengirimkan ‘servis’ kata-kata semangat menerusi ruangan chat. Memang pantas!
Alhamdulillah saya perlukan kata-kata semangat sebelum tidur. Semua boleh dibeli guys jangan down sebab tak dapat kata-kata semangat. Benda boleh beli kan buat apa tunggu orang bagi kata semangat. Ingatkan scammer tadi, rupanya betul-betul dapat kata-kata semangat.
Foto: Effiza Abdul Rahim
Menerusi semakan pihak OHBULAN! sebentar tadi, kata-kata semangat yang dijual masih mempunyai stok namun ianya terhad. Mungkin penjual mahu menjaga kualiti servis kata-kata semangat yang diberikan.
Apa yang lebih menyeronokkan, menerusi bahagian review ramai pelanggan yang memberikan rating lima bintang terhadap perkhidmatannya dan berpuas hati dengan kata-kata semangat yang diberikan.
Komen netizen
Foto: Tangkap layar menerusi aplikasi Shopee
Thank you seller, bersemangat terus hari-hari saya. Hahhahaha kenapalah dulu tak cari service ni dari awal-awal lagi.
Awwww thank you so much menceriakan hari Ahad saya hari ni 9.20am proceed, 10 minit lepas tu dah dapat mesej semangat daripada seller.
Terima kasih sebab bagi semangat. Sekarang semangat patriotik saya pada skala 90. Dulu skala 6. Tak sangka betul.
Bagus buat untuk mencari semangat yang hilang di hari Ahad ini.
Sumber: Effiza Abdul Rahim