Sempena sambutan ulang tahun kesembilan, foodpanda telah melancarkan satu pelan langganan bulanan, pandapro yang membolehkan rakyat Malaysia untuk makan, berbelanja dan hidup seperti seorang pro dengan manfaat eksklusif di perkhidmatan makanan dan keperluan aplikasi tersebut.
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan meliputi keseluruhan perkhidmatan penghantaran makanan, pesan ambil, kedai foodpanda dan pandamart, pelan langganan bulanan semua dalam satu ini bukan sahaja menawarkan manfaat eksklusif kepada pelanggan, malahan juga memberikan mereka peluang untuk menikmati rebat eksklusif sebanyak 25% atas bil makanan di restoran rakan niaga terpilih apabila makan di premis dibenarkan kembali kelak.
Untuk waktu terhad sahaja, pandapro akan dibuka untuk langganan awal pada hanya RM14.90 sebulan. Pelanggan yang berdaftar sebagai ahli akan terus menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15% ke atas, tambahan atas diskaun sedia ada untuk penghantaran bagi restoran rakan niaga terpilih di foodpanda.
Mereka juga akan menikmati 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM25. Ianya tidak hanya berakhir di situ – ahli juga akan menikmati tambahan diskaun 5% untuk pesan ambil beserta dua baucar diskaun 20% untuk pembelian melebihi RM45 di pandamart (dihadkan kepada RM10). Untuk pengguna kerap, penjimatan ini amat ketara.
Buat masa sekarang, rakan niaga dan restoran yang sudah berada di pandapro termasuklah Chatime, Tealive, A&W, Boat Noodle, Wall’s, Sakae Sushi, Pasta Panas, Padi House, Big Singh Chapati, Ahh-Yum dari Kampong Kravers, Al Fariz Maju, Bakers Cottage dan banyak lagi.
“Tiada yang lebih menyenangkan hati rakyat Malaysia selain daripada tawaran yang hebat dan eksklusif. Dengan pandapro, kami ingin memberikan tawaran tersebut kepada para pelanggan setia kami dengan menawarkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program langganan eksklusif yang tiada taranya,” kata Jay Ar Juan, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia.
“Dengan lebih ramai rakyat Malaysia yang tinggal di rumah dan bergantung kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan kami untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan, pelan ini akan memberikan mereka akses kepada tawaran yang lebih hebat dan penjimatan yang lebih baik.”
Apa tunggu lagi? Bagi anda yang sudah kecur liur membayangkan prospek pelan langganan pandapro dan ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari pandapro di foodpanda.