Foto: Tangkap layar siaran langsung
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menamatkan saingan akhir keirin di tempat kedua dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Pingat perak untuk Malaysia
Azizul menamatkan saingan akhir dengan membawa pulang pingat perak selepas berjaya menamatkan perlawanan dengan kelajuan purata 0.763.
Satu-satunya wakil tunggal Asia, Azizul terpaksa akur dengan pelumba Great Britain, Jason Kenny yang bergelar juara.
Menang di hati rakyat Malaysia
Di ruangan Twitter, rata-rata penonton yang sanggup bangun awal di hari minggu berpuas hati dengan pencapaian anak kelahiran Terengganu ini.
Pada aksi akhir Azizul bersaing bersama, Matthew Glaetzer (Australia), Jason Kenny (Britain), Maximilian Levy (Jerman), Harrie Lavreysen (Belanda) dan Jair Tjon En Fa (Suriname).
Ini adalah pingat kedua dan terakhir Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.
Sumber: Twitter @neelofa, @asyikinraof, @tiglfk, @chakiweki, @_aidantsh