berita

Bermula Dari Bonet Kereta, Bekas Jurutera Jual Roti RM1 Kini Buka Peluang Pekerjaan Pada Yang Lain!

August 26th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Roti! Roti! Mari Beli Roti RM1! Terdengar jelas rakaman suara wanita dimainkan berulang kali dan kelihatan seorang pemuda sedang sibuk menyusun pelbagai jenis roti ban seperti Golok Ban, Tausa Ban, Chocolate Rice Ban dan banyak lagi di belakang bonet kereta miliknya.

Mesra pemuda tersebut menyapa dan melayani setiap pembelinya. Ramai yang beratur menunggu giliran nak dapatkan roti yang dibakar fresh from the oven. Tak kira peringkat umur, semuanya kelihatan teruja dan gembira untuk membeli roti ban daripadanya. Inilah kisah Muhammad Ridzuan Jamal yang dikongsikan bersama beberapa individu lain melalui filem pendek Tenaga Nasional Berhad (TNB) #RaikanMalaysiaKita.

Ambil keputusan berhenti kerja kerana pendapatan terjejas!

Kredit: Utusan Borneo

Muhammad Ridzuan Jamal, seorang pemuda berusia 28 tahun mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya selaku Penyelia Kanan Jurutera Mekanikal dan Elektrik di sebuah syarikat swasta kerana keadaan semasa yang tidak lagi seperti dahulu. Pendapatannya terjejas kerana pandemik Covid-19 yang melanda. Jadi, dia mencari ikhtiar lain untuk meneruskan kehidupan.

Bermula dengan menjual dari bonet kereta miliknya, bergerak ke beberapa lokasi di sekitar Penampang dan Putatan, Sabah, kini, Ridzuan Jamal mampu tersenyum gembira apabila mampu menjual kira-kira 3000 roti ban hampir setiap hari.

Perniagaan dimulakan bapa saudara

Menurut Ridzuan Jamal, asalnya perniagaan menjual roti ban dimulakan oleh bapa saudaranya yang tinggal di Papar. “Saya masih ingat, hari pertama saya berjualan, saya menjual 350 roti ban dan ianya mengejutkan kerana saya tiada pengalaman berjualan”, katanya.

“Memang malu masa mula-mula nak menjual kerana saya tiada pengalaman. Niat saya hanyalah untuk mencari rezeki dan bukanlah mencari untung kerana saya faham semua orang tengah susah. Namun, saya tak sangka setelah 3 bulan menjalankan perniagaan roti ban RM1, keuntungannya melebihi pendapatan bulanan saya dahulu”, tambahnya lagi

Buka peluang pekerjaan & bantu ekonomi setempat!

Kredit: New Straits Times

Sudah memiliki lebih daripada 8 orang ejen yang bergerak di sekitar Kota Kinabalu, Kimanis, Likas, Telipok dan Kinarut, beliau merancang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7 lagi ejen tambahan bagi membantunya mengembangkan lagi perniagaan roti ban RM1 di sekitar Tuaran hingga Menumbok.

Mampu menggaji pekerja dengan pendapatan sekitar RM900 hingga RM1200, Ridzuan Jamal berharap dapat membantu lebih ramai insan lain di luar sana untuk menjana pendapatan sepertinya.

“Saya pun tak sangka sekarang dah mampu ada bakeri sendiri dengan 10 orang pekerja. Saya bersyukur kerana perniagaan saya diterima ramai. Saya harap dapat terus membantu masyarakat setempat menjana pendapatan mereka dengan menjadi ejen roti kami”, kata Ridzuan Jamal.

Raikan kisah korang! #RaikanMalaysiaKita!

Begitulah kisah Ridzuan Jamal. Dari hanya menjual roti ban dari bonet kereta kini dia dah mampu ada bakeri dan mengaji 10 pekerja. Hebatkan?

Hurmmm… Betul la kata orang, bukan senang, nak senang kan? Kena berani! Kena yakin dan kena sentiasa positif dan bantu membantu demi menjaga sesama kita. Jelas sekali mesej yang disampaikan oleh pihak TNB bahawa untuk berjaya memerlukan pengorbanan dan usaha. Jika Ridzuan boleh mengapa tidak kita?

Walau apa pun rintangan dan halangan teruskan usaha korang untuk bangkit meneruskan kehidupan. Kita tidak tahu apa yang menunggu dihadapan sebaliknya, teruslah positif dalam apa jua yang korang lakukan. Raikan semangat, raikan usaha dan #RaikanMalaysiaKita sebab kita nak mendorong lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk terus melangkah kehadapan.

Saksikan juga kisah Mama Pinky, Zero Ong dan Puan Paramesvary melalui video TNB #RaikanMalaysiaKita. Berikut ialah kisah mereka.

Puan Paramesvary: Seorang ibu yang gemar memasak dan berkongsi masakannya dengan mereka yang memerlukan.

Zero Ong: Pemuda berusia 20 tahun yang mencipta aplikasi JomStudy untuk bantu pelajar SPM belajar dan ulangkaji pelajaran terutamanya ketika norma baharu ini.

Mama Pinky: Pencinta kucing yang melakukan dua pekerjaan demi menjaga 50 ekor kucing miliknya dan dalam masa yang sama turut memberi makanan pada kucing jalanan.

Jadi, kongsikan kisah korang melalui #RaikanMalaysiaKita di sosial media seperti Facebook, Instagram atau Twitter bermula 25 sehingga 1 September ini untuk peluang tampil dalam Instagram TNB sempena Hari Malaysia.

 

SKIP THIS AD ×