Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 28 tahun, dijumpai maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Johor Bahru pada Ahad yang lalu.
Dikatakan mengamuk di sebuah masjid
Foto: Harian Metro
Ujar Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak menerusi laporan Harian Metro siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki tersebut dipercayai mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan rumahnya berikutan pintu masjid tersebut ditutup selepas waktu Isyak.
Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah.
Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah
Menerusi siasatan awal, kakak kepada lelaki tersebut menjelaskan adiknya yang bekerja sebagai jurutera kimia berada dalam keadaan tertekan berikutan tidak dapat melawat keluarga di Kula Berang, Terangganu.
Pihak polis menerima makluman mengenai lelaki tersebut pada pagi Ahad, dan mayat telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk proses bedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.
Sumber: Harian Metro