Umum mengetahui, pelakon veteran, Fauziah Nawi telah memberi teguran buat anak seni yang antivaksin agar tidak terlalu ‘berlagak’ di media sosial seandainya mereka sudah menerima tawaran berlakon.
Artikel berkaitan: Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job – ‘Kalau KKM & MKM Tahu Macam Mana?’
Berikutan daripada itu, pengarah terkenal, Shahrulezad turut memberi respon berhubung isu berkenaan.
Jangan buat provokasi
Selagi kerajaan tak jatuh hukum mandatori diwajibkan vaksin utk semua rakyat Malaysia. Enjoy la korang dengan kelonggaran ni. Abang tak ada isu pun. Suka hati korang lah. Tapi please jangan buat provokasi di set. Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau crew betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us. Untuk apa tujuan provokasi tu? Just nak tunjukkkan pada netizen yang Finas, stesen tv even produser tak lah setegas mana? Hangat-hangat tahi ayam dalam melaksanakan SOP yang telah ditetapkan?
Shahrulezad atau mesra disapa Budak Ijat memberi peringatan kepada semua pelakon agar tidak membuat sebarang provokasi di set penggambaran sekiranya mereka belum menerima vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. Tambah Ijat, dia tidak faham kenapa para pelakon ingin mencetuskan provakasi sebegitu.
Tak pasal pasal reporter tanya abam mintak komen. Tak pasal pasal Dj @haizahanafi petik isu yang sama tanya pendapat abam pagi tadi. Bila dah diasak soalan soalan panas begini tak logik la kalau abang nak kasi komen yang murni-murni jer. Opkos la aku tumpang melahar sama sebab geram.
Ujar Ijat, sifat sombong dan jahil segelintir individu ini mampu menjejaskan periuk nasi semua yang terlibat dalam industri seni. Sejak isu ini viral, Ijat memberitahu dia menerima banyak panggilan daripada pihak wartawan termasuk rakannya Haiza bagi mengulas isu yang berlaku.
Berhati-hati bila berurusan
Untuk rakan produser, pengarah, stesen TV berhati hati lah bila berurusan dengan artis-artis pendek akal macam ni. Nanti tak pasal-pasal dengan kita kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan kita seolah olah sengaja menutup mata sama. Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yang degil ini silap silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk shooting yg baru diberikan ini.
Untuk rakan rakan krew atau artis sekiranya korang dapat tahu ada kalangan krew atau artis yang tak vaksin tapi menipu tolong report pada produser. Kalau produser pun dua kali lima sekongkol bersubahat sama sila report pada stesen ataupun Finas. Hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
Di akhir posting, Ijat memberi nasihat kepada semua produser, pengarah dan stesen televisyen agar berhati-hati dalam memilih pelakon selepas ini. Jelas Ijat, dia tidak mahu kelonggaran untuk penggambaran ditarik balik. Ijat turut memberitahu bahawa dia faham kenapa segelintir golongan antivaksin ini sengaja melakukan provokasi ‘bodoh’ macam itu.
Its all about anger. Mereka marah bila mereka tak dapat sama privilege dengan mereka yang dah divaksin. Mereka marah bila dalam sekelip mata mereka menjadi golongan minoriti yang mereka rasa hak mereka dinafikan. Mereka anggap diri mereka adalah mangsa ketidakadilan sistem. Bagi mereka hak minoriti adalah sama jer dengan hak majoriti. Tak lebih tak kurang. Label minoriti tu terlalu pahit untuk korang terima dengan redha.
Sumber: Budak Ijat