Pembukaan beberapa sektor ekonomi ternyata menggembirakan hati rakyat yang sudah lama menanti. Namun, timbul juga kerisauan terutama mengenai kelonggaran dan kebenaran panggung wayang untuk beroperasi bermula hari ini (Khamis).
Artikel Berkaitan: Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’
Risiko buka pawagam
Pendakwah terkenal Asma’ Harun antara yang terpanggil untuk bersuara menyuarakan kebimbangan akan pembukaan premis pawagam.
Katanya, berkemungkinan premis tersebut akan menjadi tempat penularan Covid-19 memandangkan ia adalah kawasan tertutup serta berhawa dingin.
Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama, termasuk para artis filem.
Mungkin saya berfikiran pendek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh dua jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod Covid-19.
Banding pawagam dengan masjid
Dalam pada itu, Asma’ menyatakan dia ada juga membaca beberapa komen di ruang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mendahulukan panggung wayang daripada masjid.
Walaupun begitu, Asma’ akur dengan keputusan yang dibuat kerana negara masih belum pulih daripada virus merbahaya itu.
Maaf sangat, daripada ruangan komen KKM banyak pihak yang buat perbandingan dengan masjid, mohon dibuka untuk kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama.
Namun, kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan endemik.
Sumber: Instagram @ustazahasmaharun