Foto: Tangkap layar video
Misteri kehilangan tiga beranak akhirnya terjawab apabila mereka ditemui meninggal dunia akibat tertimbus ratusan baju di sebuah gudang pakaian di Kalimantan Selatan, Indonesia.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang berkhidmat sebagai penjaga gudang dikenali sebagai Ahmad Saubari turut membawa isterinya Siti Khadijah dan seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun.
Video kejadian:
View this post on Instagram
Ujar Ketua Polis Banjarmasin, Kombes Rachmad Hendrawan menerusi laporan News.Detik, tiga beranak ini dipercayai telah meninggal dunia dua hari yang lalu dan punca kematian masih disiasat. Difahamkan, mayat mangsa dijumpai pada Jumaat malam (10/9).
Dari maklumat orang ramai, mangsa adalah penjaga di gudang pakaian. Ketiga-tiga mangsa ditemui oleh saksi bernama Sari, salah seorang anak pemilik gudang pakaian.
Ketika kejadian, saksi sedang memeriksa gudang tersebut berikutan pekerjanya yang sudah beberapa hari tidak membuka kedai. Pada mulanya, dia beberapa kali cuba memanggil nama mangsa namun, sahutannya sama sekali tidak berjawab.
Panggil ahli keluarga yang lain
Foto: Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, saksi akhirnya bertindak memanggil ahli keluarganya yang lain bagi memeriksa gudang tersebut. Ketika proses pencarian dilakukan, mereka sama sekali tidak menjumpai mayat mangsa.
Ketika dia turun, dia bau busuk dan mendapati mangsa telah mati di bawah timbunan beratus-ratus puluhan pakaian. Penemuan mayat satu keluarga segera dilaporkan kepada polis.
Kini mayat mangsa telah ditempatkan di bilik mayat Hospital Ulin Banjarmasin untuk bedah siasat.
Sumber: News.Detik & Fakta Indo