Kontroversi yang melanda penyanyi rap terkenal, Caprice membuatkan ada segelintir pihak yang menyimpan rasa tidak berpuas hati terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Akan Pastikan Netizen Hentam Kau’ – Caprice Diugut Individu Tidak Dikenali
Dapat ugutan bunuh
Terbaru, Caprice, 33, mendedahkan dia menerima lebih daripada 60 mesej ugutan termasuk ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali. Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata sejak tiba di Kuala Lumpur dari Jordan, dia dikawal rapi selama 24 jam namun itu bukan satu perkara yang menggembirakan.
Enggan memberi muka, Caprice bersedia untuk membawa isu ini untuk diambil tindakan undang-undang dan dalam masa sama dia juga terima sekiranya pihak terbabit ingin bertemu secara empat mata.
Buat cover report
Disarankan untuk membuat cover report, pelantun lagu Lenglui berasa leceh kerana dia mempunyai tuntutan kerja yang lain yang perlu diselesaikan.
Malah katanya, agak memenatkan untuk mencari satu persatu mesej ugutan yang diterima sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, anak kelahiran Negeri Sembilan ini turut berkongsi nama akaun media sosial serta wajah individu yang menulis kata kesat semata untuk ‘cari penyakit.’
Sumber: Instagram @capriceofficial