Gejala sosial yang melibatkan remaja hari ini terutamanya para pelajar dilihat semakin parah apabila mereka seolah-olah tidak tahu membezakan sama ada kebaikan atau keburukan.
Baru-baru ini viral satu isu di media sosial mengenai seorang pelajar universiti dipercayai membuang janin berusia 7 bulan di dalam pasu bunga di rumah sewanya.
Tanam janin dalam pasu bunga
Foto: TikTok
Memetik laporan media tempatan, gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia mengadu tidak sihat sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa pemeriksaan, doktor mendapati pelajar universiti terbabit berada dalam keadaan yang sangat lemah selain mengalami pendarahan seperti baru sahaja mengalami proses keguguran.
Benarlah peribahasa mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila ada individu terhidu satu bau yang sangat busuk datangnya dari bilik sewa pelajar terbabit. Rupa-rupanya mereka menemui janin berusia tujuh bulan yang ditanam di dalam pasu bunga di rumah suspek. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek tergamak menyorokkan janin itu dengan pasir selama dua hari.
Jumpa bahan bukti
Foto: Merdeka
Hasil daripada pemeriksaan, pihak berkuasa berjaya menemui beberapa ubat untuk menggugurkan kandungan dan minuman berkarbonat di dalam bilik suspek. Menurut tuan rumah iaitu Arya Gunawan, suspek terbabit baru sahaja menyewa bilik tersebut selama dua bulan.
Jelas Arya lagi, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana suspek disifatkan seorang individu yang pendiam malah sering mengenakan telekung setiap kali keluar rumah. Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini selain untuk mengenalpasti punca sebenar pelajar terbabit bertindak sedemikian.