Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencuri perhatian orang ramai malam tadi ketika menghadiri satu wawancara eksklusif yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.
PM tanya soalan dekat hos
@buletintv3Tercengang pengacara nak jawab soalan PM, video penuh di Youtube ##BeritaDiTikTok ##beritaditiktok ##buletintv3##buletinutamatv3 ##perdanamenteri? original sound – BuletinTV3
Menerusi siaran langsung wawancara eksklusif, tiga pengacara dari Astro AWANI, TV3, dan RTM iaitu Terrence Joseph Dass, Azaria Tagaya serta Cynthia Ng kelihatan tergamam apabila Datuk Seri Ismail tiba-tiba bertanya soalan kepada mereka secara spontan.
Datuk Seri Ismail dilihat ‘sempoi’ apabila mengambil alih tugas sebagai hos dengan bertanya soalan kepada ketiga-tiga pengacara itu mengenai maksud Keluarga Malaysia.
Sedara sedari tahu tak apa maksud Keluarga Malaysia?
Soalan mengejut yang diajukan Datuk Seri Ismail itu disifatkan jarang berlaku ketika dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri namun tetap mendapat respons positif daripada ketiga-tiga pengacara berkenaan.
Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini.
Warganet terhibur layan
Dalam masa sama, Datuk Seri Ismail turut berkongsi potongan video itu di laman Facebook miliknya. Berdasarkan pandangan Datuk Seri Ismail, untuk terjemahkan Keluarga Malaysia kepada sebuah negara adalah dengan melihat perbezaan kaum, etnik dan agama sebagai satu kelebihan.
Di samping itu, perkongsian rakaman video terbabit turut dikongsikan Buletin TV3 di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.
Rata-rata warganet terhibur melihat aksi spontan Datuk Seri Ismail dan menyifatkan Perdana Menteri seorang yang sempoi.
Sumber: Tik Tok @buletintv3, Facebook @Ismail Sabri Yaakob