Kejam! Itulah perkataan paling sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki ini yang tergamak membunuh ibu bapa kandungnya dengan menetak mangsa berkali-kali.
Ditetak berkali-kali
Memetik laporan Kosmo, suspek yang berusia 31 tahun itu tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah yang terletak di Kampung Kemahang, Benta di Pahang. Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri, ketika kejadian, suspek bersama bapanya yang berusia 68 tahun sedang berbual mengenai ilmu agama dan ketuhanan.
Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.
Ibu suspek, 64 tahun yang melihat pergelutan itu telah masuk ke bilik berkenaan untuk membantu suaminya. Namun sebaliknya yang berlaku apabila suspek bertindak menetak dan menikam leher serta kepalanya. Mangsa kemudian melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar.
Suspek cari ibu di luar rumah
Tidak lama selepas itu, suspek dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah telah keluar dari rumah untuk mencari ibunya. Penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa lelaki terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala mangsa wanita terbaring di atas rumput berdekatan pagar. Suspek kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Menurut sumber, polis berjaya merampas sebilah parang (golok) dan bahan bukti lain dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo