Viral di media sosial mengenai masalah rumah tangga penyanyi Zaskia Gotik dengan suaminya, Sirajuddin Mahmud yang dipercayai sedang berantakan.
Tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga
Menerusi laporan Suara.com, keluarga kedua-dua belah pihak menegaskan bahawa perkara itu tidak benar. Bahkan, Sirajuddin juga tidak pernah menjawab sebarang soalan mahupun gosip berhubung masalah rumah tangganya dengan pelantun suara ‘Satu Jam Saja’ itu.
Terbaru, Sirajuddin sempat memuat naik sebuah foto bersama isterinya dan anak-anaknya. Menerusi posting tersebut, Sirajuddin dilihat memberi pujian kepada Zaskia. Ujar Sirajuddin, Zaskia merupakan bidadari syurganya. Pasangan tersebut juga dilihat bahagia semasa merakam momen bersama.
Biar maut yang memisahkan
Di Instagram, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Zaskia Gotik dan suaminya. Mereka berharap rumah tangga pasangan ini dapat berkekalan buat selama-lamanya.
Sumber: Zaskia Gotik