Di Instagram, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu pengarah popular tanah air iaitu Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Kerana Sayang Walau Berbeza Bangsa & Agama’ – Lelaki Berbangsa India Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Agama
Ramai orang berputus asa
Syukur pada Allah. Gembira sangat dapat jumpa @michaelang38 . Baik sangat orangnya dapat bersama dalam majlis ilmu. Beliau kata ustaz teruskan kerja dakwah dan misi ini. Berbual betapa ramai anak muda di luar sana perlukan kasih sayang dan didikan yang baik. Mereka tidak dapat kasih sayang. Ramai orang berputus asa. Kita perlu ceritakan kasih sayang Allah dan rahmat Allah. Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah.
Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan dirinya dengan Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu. Ujar Ebit, Michael seorang yang positif dan banyak memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk meneruskan kerja dan misi dakwah seperti sebelum ini. Tambah Ebit, mereka turut berbual mengenai anak muda pada masa sekarang. Sebagai golongan dewasa, mereka yakin golongan anak muda memerlukan kasih sayang dan didikan yang baik.
Jangan suka hukum orang
View this post on Instagram
Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah. Jangan suka hukum orang dan menghina orang. Pujuk rayu anak muda. Malam kita menangis doakan mereka. Balas keburukan dengan kebaikan.
Di akhir posting, Ebit Lew memberi saranan kepada masyarakat agar tidak membiarkan anak muda berputus asa. Di samping itu, masyarakat juga jangan suka menghukum dan menghina seseorang individu. Sebagai pendakwah, Ebit mendoakan setiap keburukan dapat dibalas dengan kebaikan di dunia ini.
Sumber: Ebit Lew