Sering kali digosipkan bercinta dengan ramai wanita cantik, termasuk rakan sepasukan dalam program Running Man iaitu Song Ji-hyo, penyanyi, Kim Jong-kook dilihat masih belum menemui jodoh yang sesuai buat dirinya.
Bakal mencecah usia 50 tahun
Menerusi laporan Allkpop, Kim Jong-kook dihujani pelbagai soalan tentang perkahwinan memandangkan usianya bakal mencecah 50 tahun tidak lama lagi. Bagaimanapun, pelantun suara ‘One Man’ itu membuat pendedahan yang mengejutkan orang ramai ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam sebuah program di Korea.
Saya cuma kena berhati-hati. Saya juga banyak bercakap dengan ramai kawan yang belum berkahwin. Saya cuba mengajak mereka menyimpan sperma bersama-sama. Saya benar-benar serius mempertimbangkan perihal berkenaan.
Pada awal perbualan, Jong-kook mengakui berasa tertekan kerana ada pihak cuba menjodohkannya dengan wanita tertentu, sedangkan dia lebih selesa mengenali seseorang tanpa paksaaan. Ujar Jong-kook dia banyak berbual dengan rakan-rakan mengenai hal perkahwinan. Bahkan, dia mengajak kesemua mereka yang masih bujang untuk menyimpan sperma bersama-sama.
Sumber: Allkpop