Sekadar gambar hiasan
Tindakan seorang gadis muda yang menjadikan suami orang sebagai bahan ‘uji kaji’ bagi melengkapkan kajiannya mengundang padah apabila menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya. Kisah ini telah dikongsikan menerusi satu status yang dimuat naik oleh page Viral Muafakat Johor di Facebook.
Suami ‘dahagakan’ kasih sayang
Sekadar gambar hiasan
Ujar gadis muda ini, dia merupakan pelajar jurusan Syariah dan dipercayai sedang bercinta dengan beberapa suami orang yang dijadikan unknown respondents bagi melengkapkan kajiannya berkaitan kes curang suami dalam rumah tangga.
Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain.
Gadis ini pada masa yang sama, turut memperincikan modus operandi yang digunakan olehnya iaitu bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.
Mengulas lebih lanjut, gadis ini turut menceritakan hasil dapatan kajiannya iaitu 80% daripada respondennya mula jatuh cinta dan mengajak untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanyalah seminggu.
Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.
Ada yang sanggup beli telefon dan sim card baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang.
Dapat mengenal pasti punca curang
Di akhir luahan tersebut, gadis ini tampil memberikan kesimpulan berhubung punca curang yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan responden yang diterimanya sebelum ini.
Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap di rumah pun ‘aku kau’
Perempuan di luar yang lebih menggoda.
Pada masa yang sama, gadis ini turut mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh seorang suami daripada isteri tersayang.
Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa *** di ***. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh gadis berkenaan yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Sumber: Viral Muafakat Johor