berita

Pasangan Suami Isteri Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Berbekalkan Makanan ‘Frozen’ Selama Sebulan

January 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Satu pasangan di Arizona, Amerika Syarikat dituduh atas kesalahan penderaan kanak-kanak selepas meninggalkan anak lelaki berumur 11 tahun berseorangan selama sebulan pada musim perayaan Krismas yang lepas.

Didakwa ketika pulang dari bercuti

Foto sekadar hiasan

Ibu kepada kanak-kanak tersebut, 34 tahun, dan bapanya, 40 tahun didakwa selepas mereka pulang ke rumah mereka yang terletak di Elfrida, Arizona pada Rabu.

Merujuk kepada rekod pasangan tersebut, mereka ditahan reman di penjara Cochise County Jail pada Isnin. Mereka ditahan dengan bon berjumlah $100,000.

Pihak berkuasa menemukan kanak-kanak itu pada 12 Disember selepas dilaporkan oleh seseorang yang dia berkemungkinan tinggal berseorangan untuk sebuah jangka masa yang lama.

Menurut siasatan, ibunya telah ke luar negeri untuk sambutan kesyukuran sebelum Krismas, dan bapanya pula meninggalkan rumah tersebut beberapa hari kemudian.

Kanak-kanak tersebut memberitahu pihak berkuasa yang dia sudah 2 minggu tidak menghadiri sekolah dan ditinggalkan dengan makanan sejuk beku. Selepas beberapa percubaan, pihak berkuasa gagal mendapatkan kedua-dua ibu bapanya dan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak.

Sumber: NBC News

SKIP THIS AD ×