berita

Gara-Gara Tak Dapat RM30, Remaja Lelaki 14 Tahun Bunuh & Rogol Kakak Sendiri

January 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Aceh Tengah, Indonesia seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa membunuh kakaknya sendiri berusia 16 tahun sebelum bertindak merogolnya pada Jumaat lepas (14/1/2022). Kejam!

Gara-gara RM30

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribun News, mayat mangsa dijumpai di ladang kopi di Desa Kute Panang, Kabupaten Kute Panang, Aceh Tengah pada Sabtu pagi (15/1/2022). Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek (MS) bagi membantu siasatan.

Suspek sudah kita tangkap dan ditahan di Markas Polis Resort. Mangsa dan adik lelakinya semalam pergi ke Ketol, Aceh Tengah menggunakan motosikal untuk mengambil wang bernilai 900 ribu rupiah.

Menerusi sebuah video, suspek mengaku meminta duit sebanyak 100 ribu rupiah (anggaran RM29.23) daripada mangsa dan sempat memberikan alasan dia tidak mempunyai duit ketika itu.

Namun, permintaan suspek dipercayai telah ditolak dan berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

Dia tolak saya. Kemudian saya pegang tangannya dan ‘kunci’ dia di belakangnya.

Adik bertindak di luar kawalan

Sekadar gambar hiasan

Suspek kemudiannya bertindak kejam dengan mencekik serta memukul mangsa sehingga menyebabkan kakaknya tidak sedarkan diri.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila remaja bawah umur ini didakwa membuka seluar mangsa lalu merogolnya dan sempat melarikan diri bersama motosikal, wang, serta telefon bimbit milik mangsa.

Selepas itu saya merogolnya, saya menanggalkan seluarnya, kemudian naik ke atasnya.

Namun, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa ketika itu sama ada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.

Kini, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat dan jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman berdasarkan Undang-undang No. RI. 35 Tahun 2014. Pindaan Undang-undang No. 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×