Sekadar gambar hiasan
Malang nasib yang menimpa seorang lelaki dari wilayah Sumatera Utara, Indonesia apabila dia dipercayai telah dibelasah oleh kekasih gelap isterinya dan mengalami cedera pada bahagian muka.
Dipukul kekasih gelap isteri sendiri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribun News, mangsa dikenali sebagai Muhammad Iqbal mendakwa telah dipukul oleh seorang lelaki (H) selepas mereka berjumpa dan berbincang mengenai kes curang yang melibatkan isterinya.
H dikatakan pernah menjadi kekasih gelap kepada isterinya dan pernah menetap berhampiran dengan kediaman ibu bapa mentuanya.
Difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke rumah ibu bapa mentuanya bagi menjemput isteri pulang ke rumah selepas menetap selama sebulan di rumah berkenaan berikutan bergaduh dengan suaminya.
Enggan pulang tanpa memberikan alasan
Sekadar gambar hiasan
Namun, wanita ini dikatakan enggan pulang ke pangkuan suaminya tanpa memberikan sebarang alasan. Si suami ketika itu bertindak memeriksan telefon bimbit milik isterinya sebelum menjumpai perbualan ringkas antara mereka (si isteri dan H) sekali gus menjadi bahan bukti.
Dia enggan mengakui kecurangannya. Saya lantas mencari H di rumahnya untuk bertanyakan mengenai hubungan mereka berdua.
Selepas memperkenalkan diri, H dikatakan marah dan didakwa memukul Iqbal sehingga menyebabkan hidungnya cedera dan kejadian tersebut telah dilaporkan pada balai polis yang terdekat bagi tindakan selanjutnya.
Sumber: Tribun News