Foto: Arab News
Seorang gadis di Tehran, Iran menerima nasib yang malang apabila suaminya didakwa bertindak memenggal kepalanya sebelum video tersebut tular di negara berkenaan.
Difahamkan, video tersebut dipercayai ditayangkan sendiri oleh suspek yang tergamak berbuat demikian.
Dibunuh oleh suami & abang ipar sendiri
Memetik laporan ISNA, mangsa dikenali sebagai Mona Heidari berusia 17 tahun dibunuh oleh suami dan abang iparnya berikutan didakwa berlaku curang. Insiden yang berlaku di bandar Ahvaz mengundang amarah daripada orang ramai dan sekali gus menuntut pembaharuan sosial dan undang-undang.
Kedua-dua suspek tersebut telah berjaya diberkas pada Isnin.
Berikutan daripada insiden tersebut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita, Ensieh Khazali meminta supaya Parlimen mengambil langkah segera serta pihak berkuasa meningkatkan kesedaran orang awam sebagai salah satu inisiatif bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi.
Ramai yang marah
Sekadar gambar hiasan
Mengulas lebih lanjut, mangsa dilaporkan berusia 12 tahun ketika berkahwin dengan suspek dan kini mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun. Pihak berkuasa telah pun menutup laman berita Roka gara-gara menyiarkan rakaman video insiden tersebut.
Seorang individu telah dipenggal kepalanya dan suspek yang melakukannya berbangga dengan tindakan kejam itu.
Bagaimana kita boleh menerima tragedi ini dalam masyarakat? Kita mesti bertindak supaya pembunuhan seperti ini tidak berlaku lagi.
Sumber: ISNA