Mendidik anak bukan mudah, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Kedua-duanya perlukan didikan yang berbeza. Tambah pula dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, mereka lebih mudah terdedah dengan paparan-paparan yang melangkaui usia mereka.
Budak darjah 3 bagi surat cinta
Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi satu kisah di mana anak perempuannya, Mia yang baru menjangkau usia 9 tahun menerima sepucuk surat dari kawan lelaki di sekolahnya. Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok iaitu @ammi.miazil_kaklong, wanita ini mengakui sangat terkejut selepas melihat isi kandungan surat yang diterima anak perempuannya.
Dia tidak menyangka, seorang kanak-kanak darjah tiga sudah ‘pandai’ & berani menulis surat berunsur lucah. Dalam surat tersebut kelihatan budak lelaki yang dikenali dengan nama Anaqi dengan selambanya melukis keadaan di dalam tandas selain dua individu berlainan jantina sedang berbaring di atas katil.
Jadi aku pun cepat-cepat bagitau guru kelas anak aku dengan harapan cikgu dapat pantau & nasihat budak tu dan yes aku minta cikgu bagitau juga parents budak tu. Sebab kita tak tau apa yang dia nampak atau tengok di rumah. Mia memang dah dididik setiap masa tentang batas pergaulan ni dari tadika lagi.
Dia memang akan report dekat mummy dia kalau ada benda-benda pelik macam ni. Aishhh lah budak-budak zaman sekarang ni risau betul.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan netizen yang terkejut dengan tindakan kanak-kanak lelaki itu. Bukan itu sahaja, mereka sempat menasihati agar wanita ini bersama suaminya berjumpa ibu bapa Anaqi supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Tidak terhenti di situ, mereka juga berharap agar ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati dan mengawasi anak-anak semasa menggunakan telefon pintar.
Video
Sumber: ammi.miazil_kaklong