Seorang warga emas, 87 tahun di New Delhi, India yang terlantar di atas katil dirogol seorang lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tukang sapu.
Polis enggan terima laporan dirogol
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan BBC, ketika kejadian, mangsa terlantar di katil dan bersendirian sebelum lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa di kawasan Tilak Nagar, New Delhi didakwa memecah masuk dan menyerangnya. Dilaporkan, mangsa tinggal bersama anak perempuannya, 65 tahun, namun tidak berada di rumah ketika kejadian.
Pada mulanya, keluarga mangsa menyalahkan pihak polis yang hanya memfailkan kes tersebut atas kesalahan mencuri dan bukannya merogol. Memetik laporan Indian Express, seorang ahli keluarga mangsa mendakwa polis menasihati mangsa dan anak perempuannya untuk tidak melaporkan kes tersebut sebagai kes rogol kerana hanya akan membebankan mereka.
Polis memfailkan kes kecurian tanpa memaklumkan kepada kami.
Bagaimanapun, pihak polis menafikan dakwaan tersebut.
Keluarga wanita itu hanya melaporkan mengenai kecurian pada Ahad lalu. Tuduhan dirogol itu hanya dibuat dalam aduan kedua semalam.
Pertubuhan Wanita Kebangsaan di India kini memohon agar Polis Delhi mengambil tindakan ke atas pegawai yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya bagi kejadian tersebut. Terdahulu, pada tahun 2020, India turut digemparkan dengan kes rogol di mana mangsa merupakan seorang warga emas berusia 86 tahun.
Sumber: BBC