Umum mengetahui, penyanyi, Aina Abdul bakal mempertaruhkan lagu ‘Sepi’ dan lagu duet ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar untuk Anugerah Juara Lagu ke-36, 6 Mac ini. Menurut Aina, dia dan Khai Bahar sudah tidak sabar untuk membuat persembahan di pentas berprestij tersebut.
Nak pakej yang lengkap
Menerusi sidang media semalam, Aina memberitahu bahawa dia masih melakukan persiapan dari segi susunan lagu, busana, pencahayaan bagi memastikan penceritaan kedua-dua buah lagu tersebut sampai ke jiwa pendengar yang menonton AJL36 nanti. Ujar Aina, lagu ‘Sepi’ berkisahkan tentang semangatnya untuk berjuang dalam industri seni. Manakala, lagu ‘Nafas Cinta’ lebih kepada perasaan cinta dan ‘sweet’.
Kalau boleh saya nak dua persembahan nanti datang dengan pakej yang lengkap dan dipersembahkan dengan sehabis baik. Saya pun dah tak sabar nak buat persembahan solo dan duet bersama Khai.
Dalam pada itu, Khai meluahkan rasa kagum dengan konsep persembahan yang dikongsikan pasukan Aina menerusi lagu Nafas Cinta.
Kami saling berkongsi idea dan pandangan untuk memastikan persembahan Nafas Cinta meninggalkan momen yang indah kepada penonton. Ketika pasukan Aina berkongsi konsep persembahan, saya tak tahu nak ‘topup’ (tambah) idea lain kerana ia sangat ‘wow’. Apa yang boleh dikongsi, persembahan Nafas Cinta akan membuatkan anda berada di alam fantasi.
Mental sangat penting
Disoal mengenai persiapan dan pantang larang sebelum bertanding di pentas akhir AJL36, Aina memberitahu dia menjaga pemakanan lebih-lebih lagi pengambilan makanan pedas dan minuman berais. Tegas Aina, kesihatan mental sangatlah penting buat dirinya.
Bagi Aina mental kena okay sebab nyanyian Aina bergantung kepada mental. Kalau mental lemah, suara Aina akan ikut mengalah. Kalau okay, InsyAllah semuanya akan okay.
Berbicara mengenai busana yang digayakan sering mendapat perhatian, Aina kisah sekiranya perkara tersebut masih menjadi bualan. Cuma, dia berharap busana yang akan dikenakan nanti tidak akan menjadi parodi yang buruk.
Tak kisah apa orang nak kata, cuma Aina tak nak la jadi parodi in a bad way. Kalau in a good way okay.