Foto: Mirror UK
Bagaikan mimpi ngeri buat seorang bayi berusia setahun di Oklahoma, Amerika Syarikat selepas dia dipercayai diserang oleh lima ekor anjing jenis pitbul ketika sedang bermain di sebuah taman.
Diserang lima anjing
Foto: Mirror UK
Memetik laporan Mirror UK, mangsa dikenali sebagai J. J. Rodriguez sedang bertarung nyawa dan dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk pada wajahnya. Apa yang lebih menyedihkan apabila tengkoraknya dapat dilihat berikutan wajahnya yang ‘terkoyak’.
Rahangnya terkoyak dan giginya juga tercabut.
Ujar Pejabat Sherif Daerah Oklahoma, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut yang berlaku pada petang Ahad lalu.
Pasukan polis menerima panggilan sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) dari sebuah rumah, dan sejurus anggota-anggota kami tiba, seorang bayi setahun dilihat mengalami beberapa kecederaan serius.
Dibawa ke hospital
Foto: newsncr
Susulan daripada itu, mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan seekor anjing telah pun ditangkap. Ujar pihak polis, pihaknya ada menerima beberapa aduan mendakwa beberapa ekor anjing jenis pitbul yang dipelihara berkeliaran.
Di Oklahoma, pemilik anjing perlu mengawal haiwan peliharaan mereka.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada empat ekor anjing yang selebihnya sudah ditangkap atau pun tidak.
Sumber: Mirror UK