Sekadar gambar hiasan
Tindakan seorang mahasiswi Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska) Riau, Indonesia yang dipercayai mencium teman lelakinya ketika sesi kuliah berlangsung menerusi aplikasi Zoom mengejutkan rakan sekelas dan viral di media sosial.
Cium teman lelaki ketika kelas berlangsung
Foto: Tribun News
Memetik laporan media tempatan, Timbalan Dekan I UIN Suska Riau Zarkasih menerusi satu kenyataan tampil memohon maaf atas apa yang telah terjadi. Pelajar berkenaan dikenali sebagai A turut diminta untuk tampil memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut.
Pertama, kami memohon maaf atas isu viral ini. Kami telah meminta penjelasan dan kejadian itu berlaku semasa kuliah umum . Setiap pelajar berada di tempat masing-masing, bukan di sini (kampus).
Ujar Zarkasih lagi, tindakan pelajar tersebut kemungkinan besar boleh dikenakan denda dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
Pelajar mohon maaf
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, pelajar semester dua Jabatan Pengurusan Pendidikan Islam tampil memohon maaf kepada pihak universiti atas apa yang telah terjadi dan aksi tersebut dipercayai dilakukan di sebuah rumah.
Difahamkan kuliah tersebut yang diadakan secara atas talian dihadiri oleh ribuan pelajar yang lain.
Pelajar perempuan adalah pelajar UIN dan lelaki tidak. Kita akan adakan mesyuarat dengan lembaga kod etika dahulu.
Kita tidak boleh ulas lanjut sama ada disengajakan atau tidak. Perjumpaan zoom (syarahan) ketika itu kira-kira 1,000 pelajar yang menyertai secara berkumpulan, tetapi pensyarah berbeza.
Sumber: Tribun News